Update tentang doktor dan bakal doktor

Salam

 

disebabkan saya doktor, i think, all medical students and future doctors need to know this very important message.

 

Study very well hard keh?

Inilah adalah update tentang doctors di KKM

 

a. Pindaan kepada Akta Perubatan 1971 telah pun diluluskan
oleh Parlimen dan diperkenan oleh DYMM SPBY Agong pada 20
September lalu. Berdasarkan pindaan tersebut, ianya akan
dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah selain
pendaftaran sedia ada (berdasarkan ijazah asas perubatan),
pengamal yang ingin mengamal sebagai pakar perlu berdaftar
sekiranya ingin menggunakan gelaran pakar serta mengamal
prosedur tertentu. Walau bagaimana pun, mereka yang telah
berdaftar dengan NSR/Academy of Medicine atau telah
diwartakan sebagai pakar (staf KKM sahaja) dikecualikan.
Justeru, sesiapa yang belum berfdatar sebagai pakar, sila
berdaftar segera kerana apabila pendaftaran pakar
diwajibkan dibawah Akta Pindaan – kriteria pendaftaran
akan menjadi ketat.

b. Berdasarkan kajian KKM didapati keperluan doktor bagi
negara kita akan cukup menjelang tahun 2018. Justeru, bagi
mengatasi limpahan doktor sebagaimana berlaku terutama
sekali di India dan Filipina, antara langkah yang
telah/sedang/akan diambil ialah:

i. menetapkan moratorium keatas penubuhan institusi yang
menawarkan program perubatan baru selama lima tahun sejak
2011;

ii. graduan perubatan akan dilantik kedalam perkhidmatan
awam bagi tempuh melengkapkan latihan siswazah sahaja.

iii. Perkhidmatan wajib akan dimansuhkan dalam masa
terdekat – mungkin 5 tahun lagi;

iv. penajaan pelajar perubatan keluar negara akan
dikurangkan secara berperingkat dan seterusnya dihentikan
sama sekali; dan

v. penajaan pelajar perubatan didalam negara dikurangkan.
Justeru, bagi sesiapa yang ingin menghantar anak
meneruskan pengajian didalam bidang perubatan (dan
membelanjakan sekitar RM500,000) adakah ianya berbaloi -
sila fikir beberapa kali.

c. Berdasarkan 1CareMalaysia, semua doktor perlu memiliki
kepakaran.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam.

Comments

comments

No comments.

Leave a Reply