Untukmu Adikku

Salam

bukan saya sengaja untuk tidak menulis. Tapi perlu utamakan penulisan yang telah diamanahkan demi memastikan setiap bulan majalah Jom! dapat dikeluarkan.

Ini belum lagi berbicara tentang nak menulis novel dan prepare exam MRCPnya.

Walaupun saya sudah cuba untuk menjadi octopus yang banyak tangannya, tapi otak saya tetap satu. Walaupun boleh buka banyak tab, tapi ternyata fokusnya hanya pada satu perkara saya.

Saya mendapat mesej dari seorang adik yang amat saya rindui dan kasihi kerana Allah. Banyak yang kami kongsi bersama satu masa dahulu di UK, dan saya terharu dia tak pernah lupakan saya sebagai murabbinya.

salam akak. saya tahu akak bz. mungkin da lupakan saya pun.

huhu. tapi saya nk tanye gak soalan kt akak.

camne eh x nk bg adik2 x cair? cmne nk jd muwajjih n murobbi yg sdiri pun x byk bhn dpt. baca x sama dgn dpt pngisian. n x nk jd parrot. tp nk hadam bahan.
saya x tahu la nk start dari mana n nk buat apa slain dari terus bawak usrah n support adik2.
cmne akak susun n jaga tarbiyyah sdiri?

ok ttbe je kan saya ni. k akak. make loads of dua for evryone. moga istiqamah insyaallah. slalu2 la guide n nasihat saya

 

buat adikku sayang,

1)  mungkin cair atau pekatnya seseorang itu adalah pada intimnya hubungan seseorang itu dengan Allah. Dengan keintiman itulah, segala kefahaman dakwahnya berbekas, segala nasihat manusia menyentuh hatinya dan segala tilawah qurannya menjadi dia tergerak untuk beramal dengan perintahNya.

Tak nak kasi adik2 cair, pertamanya, kita sendiri tidak boleh cair. Ada beberapa perkara basic yang banyak dimention oleh ulama dakwah seperti mustafa masyhur mahupun ISHAB dalam wajibat akh.

a) jaga hubungan dengan Allah

b) sentiasa intim dengan ilmu. Membacalah, kalau tak membaca, bergurulah, kalau tak berguru, dengarlah mp3. Jangan jadi orang ke4, iaitu orang yang tak berbuat apa2 untuk menuntut ilmu. ( ini specific ilmu dakwah dan islam)

c) dekatilah orang2 yang banyak bertaubat, orang yang cintakan ilmu, orang yang sentiasa mahu berbuat kebaikan, dan orang2 yang soleh. Kesannya adalah , kita pun akan jadi seperti mereka!

2) Imam Ghazali pun sebut, jadilah murid kepada guru, bukan murid pada buku.

Sentuhan seorang murabbi itu berbeza dengan ribuan buku yang dibaca. Buku tidak mampu mendidik jiwa dan membentuknya. Guru dan murabbilah yang membentuk, mengajarkan akhlak dan memberikan penunjuk jalan. Penghadaman baham itu perlu pada mutabaah/evaluasi dari murabbi untuk menilai tahap kefahaman mutarabbinya.

 

Ramai murabbi gagal memahami peranannya. WAlaupun banyak halaqah di bawa, tapi kebanyakan murabbi menganggap peranannya di dalam usrah adalah sebagai guru yang menyampaikan maklumat dan informasi pada mutarabbinya. Bukan sebagai pendidik dan membentuk. Bukan mencerna dan memberikan pelukan yang kemas untuk memahamkan mutarabbinya tentang dakwah

Anekdotnya, ramai orang bila ditanya siapa naqibahnya, begitu banyak sekali nama-nama diberikan. Namun, takde sorang pun yang dianggap sebagai pembimbing, pendidik, yang dekat dihatinya.

Dalam hal ini, kita perlu jadi sangat proaktif mencari murabbi ini. Jangan melangkaui naqibah kerana naqibah tetap seorang yang berperanan sebagai wakil tanzim untuk menjaga kita. Namun, jika naqibah sendiri kurang sempat untuk memberikan haknya, mintalah kepadanya. Jika diminta, namun masih ada kekangan, maka carilah mutiara dan bimbingan dari murabbi yang lain. Boleh jadi murabbi itu sendiri rakan selevel atau seusrah dengan kita.Namun, perlu cari murabbi itu. Samada mudah nak cari, jauh atau dekat sahaja.

 

3) Cane saya jaga dan susun tarbiyah saya?

 

Allah je tahu betapa serabutnya dan tak teraturnya saya. Terkadang stress itu tertempias pada orang terdekat.

Namun ada beberapa prinsip yang saya pegang. Dan prinsip ini relevan untuk di Malaysia, sedangkan untuk diluar negara mungkin peluang dan keadaannya berbeza sedikit.

a) setiap kali ada peluang untuk berguru dengan mana2 murabbi, saya akan kejar dan berusaha untuk bertemunya. WAlaupun kepenatan kerja tahap maksima.

b) lazimi membawa buku dan alquran ke mana2 sahaja. Jika ada masa menunggu orang, atau menunggu apa2, amalkan terus membaca. Jika bosan baca buku, boleh membaca al-Quran

c) pastikan uptodate dengan pengisian2 baru dari mp3 ataupun youtube. download dan dengar sewaktu dalam kereta.

d) sentiasa bertafakur dan mereflek diri di setiap kesempatan.

e) hubungan dengan Allah adalah sesuatu yang perlu dijaga tanpa kompromi oleh setiap duat. ALlah sahaja yang memberikan barakah pada masa kita itu.

f) bersihkan niat dan hati selalu di sepanjang jalan dakwah ini..

 

Itu sahaja adik apa saya dapat kongsi. Miss u so much!

 

 

Aisyahz/Muharikah/Humaira’

KL

 

Comments

comments

3 Responses to “Untukmu Adikku”

  1. aliyah

    Aug 22. 2012

    kak aisyah,jazakillah,sepertinya semua pembaca ini adalah adik-adik itu <3
    jazakillahhu khairan kathira

    Reply to this comment
  2. nhusna

    Aug 22. 2012

    alhamdulillah .

    saya dpt tempias manfaat sekali.

    syukran kak aisyah !
    very useful . :)

    Reply to this comment
  3. maria

    Mar 02. 2013

    assalamualaikum kak…
    tumpang bertanya…
    ape mksud ‘yang tidak terisi tak bisa mengisi’?
    syukran…

    Reply to this comment

Leave a Reply