Syafakillah Ukhti!

Suatu masa dulu, kita ditentukanNYA untuk bersama-sama meniti titian dakwah

Kini benua memisahkan kita

Perbezaan masa menjauhkan kita

Orang-orang baru yang kita temui menuntut kita untuk melebihkan perhatian kepadanya

Sehingga adakalanya si dia yang dulu selalu bersama kita terabai haknya

Adakalanya, terlupa untuk bertanya khabar

Terlupa bertanya tentang tahap emosi

Terlupa hari penting hidupnya

Bahkan mungkin juga kita terlepas berita tentang sakitnya si dia

 

Sakitnya dia bukan sebarang sakit

Sakit seorang daie yang tak pernah melumpuhkan fikirnya

Sakit yang tak pernah membuat dia surut dalam langkahnya

Sakit yang ditambah kerana sedih tak mampu menyumbang tenaga untuk dakwah

 

Ukhti fillah,

Andai kau sakit

Ketahuilah, bahawa maghfirah ALLAH sedang mendekatimu

Kasih sayang ALLAH sedang terlimpah ke atasmu

Kesabaranmu pasti menaikkan darjatmu di hadapan ALLAH

 

Maka,

Bertahanlah! Kuatlah! Jangan rasa lemah dengan kesakitan itu!

Kerana iman pasti membisikkan ucapan menenangkan

Lantaran keyakinan yang tulus bahawa dugaan ini tak pernah sia-sia

Dan disertai satu keazaman

Bahawa kelak tenaga yang diperoleh kembali akan dimanfaatkan sepenuhnya

Sihatmu nanti akan menebus masa-masa yang hilang ketika sakitmu

Demi mendukung dakwah yang kita cintai ini

Semoga cepat sembuh untuk terus mengharumkan taman dakwah ini, taman cinta kita...

Syafakillah, ukhti fillah! Jangan lupa makan ubat juga!

~Tribute buat ukhti yang sakit, di mana jua enti berada, bila jua enti diduga…~

Comments

comments

No comments.

Leave a Reply