Sekitar isu Eurozone di Eropah
Jikalau ada satu perkataan yang mampu menyimpulkan keperluan paling mendesak di Malaysia, samada di kalangan golongan daie atau bukan adalah :
DUIT
Tak pernah saya merasai keperluan itu sehinggalah saya pulang ke Malaysia, dan manusia di sini sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan duit yang banyak. Dan dengan cepat.
Tambahan pula dengan kegoyahan ekonomi yang berada di Kesatuan Eropah(EU). Apabila pelabur-pelabur antarabangsa mula hilang keyakinan mereka akan kekuatan ekonomi pada negara-negara EU, maka kesannya itu pasti akan merebak di negara kita pula.
Peluang pekerjaan yang makin berkurangan, serta hutang negara yang berlambakan tentu akan menjadikan orang miskin lebih miskin, dan jenayah akan makin lebih berleluasa.
Kesannya pasti akan sampai pada kita,jika kita tak mula menyiapkan diri daripada sekarang.
Isu wang, bukanlah isu yang remeh. Hattakan dakwah takkan mampu berjalan tanpa wang yang cukup.
Walaupun Islam berulang kali mengingatkan agar kita tak berkiblatkan diri kita kepada wang, menjadi seorang yang berdikari mengenai isu wang teramat penting.
Sebab itu, kita akan memahami, mengapa terlalu banyak jenayah di negara kita yang berkaitan dengan wang. Begitu juga kes-kes penipuan yang amat menyesakkan dada kita yang berada dalam sebuah negara Islam.
Terkadang harga-harga yang amat tidak logik diletakkan pada sesuatu barang murah. Dan kita terpaksa berhadapan dengannya!
Begitu juga kita melihat, ramai orang menggadaikan prinsip-prinsip agama mahupun kemanusiaan, hanya kerana wang yang dikejarkan.
Kerana itu, kita teramat sedih melihat pemuda-pemuda Islam,menghabiskan waktu prima mereka di medan pekerjaan. Akhirnya sibuk dengan arus itu, sehingga mereka terungkai dari ikatan jemaah Islam serta dakwahnya.
Money does matter, to survive and function.
But it is not everything in your life.
Seperti mana dahulu kita amat memahami bahawa belajar itu adalah alat untuk dakwah.
Begitu juga duit, ianya alat untuk dakwah.
Kitalah yang harus mencorakkan pekerjaan kita agar ianya bersesuaian dengan amal dakwah kita.
Belajarlah bersungguh-sungguh, dan dapatkan posisi yang terbaik dalam pekerjaan.
Impian kita adalah menyediakan kecukupan buat rakyat kita, akhirnya melaksanakan sistem zakat dengan betul. Bayangkan jika di UK, pernah dompet saya hilang di tengah jalan.
Akhirnya dompet saya itu dipulangkan semula ke pejabat polis, dalam keadaannya yang asal.
Dalam keadaan yang asal. Tiada satu apapun disentuh!
Begitu juga terkadang, kami dengan begitu selamba meninggalkan lattop, mahupun handbag kami di dalam kereta ( mahupun ipod!) untuk membeli barang di kedai sebentar, tapi jarang-jarang mendengar adanya kecurian yang berlaku.
Begitulah, jika rakyat di sebuah negara merasai kebajikan mereka dijaga dan mencukupi keperluan asasi mereka, kamu rasa akan ada yang sewenangnya mencuri dan menipu?
Memang, rakyat kita, terutama di bandar bernama kay ell ini, sangat merasai kekurangan duit. Duit mengalir lebih deras dari air sungai.
Kemiskinan amat dirasai, dan keinginan untuk cepat kaya ( tapi malas nak buat banyak kerja) merupakan satu fenomena yang amat berleluasa di negara ini.
Ini menjadikan dakwah juga mendapat impak yang sama.
Apabila ramai dibuang kerja, hutang keliling pinggang, anak bini nak kasi makan, semua itu akan meningkatkan tekanan mental dikalangan rakyat, dan akhirnya, tak mampu menyumbang banyak untuk dakwah.
Islamlah satu-satunya penyelamat. Dan benar usaha kita untuk menjadikan sistem Islam itu tertegak masih jauh, tapi tak mustahil.
Kita sahaja perlu sentiasa berfikir ke hadapan dan bijak dalam menangani isu duit ini. Dan bagaimana membantu masyarakat kita mengatasi masalah ini seterusnya.
Benar, bumi kita ini masih kaya. Allah memberkati bumi ini. Tapi di sinilah kita diuji, bagaimana kita boleh menguruskan pembendaharaan negara ini, untuk kemaslahatan rakyatnya.
Kamu tahu isu ekonomi euro zone?
27 negara eropah bersatu di bawah satu geopolitikekonomi yang dinamakan kesatuan eropah.
Mereka berkongsi satu mata wang yang sama,euro, dan bersatu atas bendera politik eropah.
Mereka masuk ke mana-mana negara eropah tanpa perlu adanya visa.
Paling bestnya, mereka mengamalkan satu sistem yang telah lama ditinggalkan oleh orang Arab/Islam : sistem takaful/ bantu membantu.
Isu krisis euro zone ini mendapati, terlalu banyak hutang dipikul oleh negara seperti Greece, mahupun Portugal, juga Italy dan SPAIN! ( kita yang selalu jalan-jalan ke sana, tak boleh nak bayangkan kenapa negara-negara tersebut memikul banyak sangat hutang pada bank-bank!)
Dua negara yang paling stabil dan mendapat rating tertinggi dari sudut ekonomi adalah France dan Germany.
Untuk mengekalkan kesatuan Eropah ini, negara-negara berduit, perlu membantu negara yang mempunyai banyak hutang. Mereka perlu bekerjasama untuk membantu negara-negara bankrap lain, untuk memastikan bahawa kesatuan negara Eropah ini terjaga.

Bayangkan, tanpa adanya ikatan aqidah dan kefahaman yang sama, malah di semua negara Eropah, bahasa yang digunakan semuanya berbeza-beza, mereka mampu bersatu atas satu matlamat yang sama:
MENJAGA KESTABILAN EKONOMI DAN POLITIK DI NEGARA EROPAH.
Kita melihat,negara-negara Arab, yang bahasanya satu, agamanya satu, aqidahnya satu, tidak mampu berkerjasama dan bantu membantu dalam pelbagai urusan.
Apatah lagi untuk bersatu, terasa amat jauh sekali!
Hattakan pada isu revolusi di negara Arab, termasuk Syria pun mereka tidak mencapai kata putus, apatah lagi menghantar bantuan: usah diharap!
Begitu juga isu penyelamatan rakyat Palestin, tidak wujudnya satu sistem takaful pada skala yang besar yang ditunjukkan oleh negara-negara Arab/Islam.
Kita amat sedih melihat hakikat ini. Bukankah Islam dan bahasa Arab itu mampu menyatukan?
Begitu juga kita di rantau Asia. Kesatuan ekonomi mahupun kesatuan lainnya dilihat sebagai sesuatu yang amat mustahil! ( Bagaimana ya, matawang kita akan sama dengan Singapura, mahupun Thailand , Indonesia dan semua negara asia ini? Dan bayangkan kita pergi ke semua negara-negara tersebut tanpa perlu adanya visa!)
Tak usah pergi jauh, dalam negara kita sendiri, apabila berlainan parti sahaja memerintah, usah dibincangkan konsep takaful dan kerjasama tersebut!
Isu ini berat dan teramat besar. Ia melibatkan survival rakyat kita, serta kemampuan kita mendirikan sebuah daulah, yang berasaskan bukan sahaja pada satu kefahaman, tapi pada kelengkapan seluruh prasarana yang akan mendokong daulah tersebut.
Satu sahaja yang mampu saya ungkapkan akan isu ini:
Kerja kita masih banyak.
Kerja menyatukan umat.
Kerja memberikan kesedaran Islam dan juga untuk meningkatkan budaya berdaya saing dengan bangsa luar.
Kerja untuk menghidupkan satu sistem ekonomi Islam yang syumul, menyatukan bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi negara-negara Islam lainnya.
Kerja untuk melahirkan umat Islam, yang bebas hutang, dan mampu kendiri dari sudut ekonomi, dengan erti kata sebenarnya
Wallahualam
Ukhtikum fillah
AisyahZ
Gombak







Recent Comments