Sebuah Perjuangan Kehidupan
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku dengan iman & islam yang teramat bernilai ini.
Dialah yang telah menciptakan alam ini dengan kehendakNya sekaligus memuliakan manusia dengan menganugerahkan pangkat abid & khalifahNya. Dia jugalah yang telah menurunkan rezeki yang mencurah-curah dari langit dan dari dalam perut bumi ‘special’ buat makhlukNya di alam yang maha luas ni.
Hari ni aku menulis di atas meja kopi, dalam gerabak keretapi dalam perjalanan menuju ke Hubli dari sebuah pekan kecil di bumi Maududi, Devanagere. Walaupun menulis dalam keadaan yang kurang selesa namun yang anehnya, jariku bergerak laju melakarkan coretan yang membuak-buak keluar dari jiwa dan perasaan.,tulus dari dalam. Benarlah kata murabbi, menulis ketika perasaan masih segar di hati sangat lain dengan menulis dalam keadaan perasaan itu sudah layu.
Aku tidak menafikan jauh di sudut hati, aku berdebar-debar menanti hari ini. Kerinduan kepada adik-adik tercinta membuak-buak namun, untuk sampai ke tempat mereka, aku harus melalui perjalanan yang asing buatku. Memandangkan tiada bas terus dari Devanagere ke Belgaum, maka aku hanya mempunyai dua pilihan, sama ada terus ke pekan Karad yang memakan masa 10 jam dengan bas dan bermalam di sana ataupun aku harus menaiki keretapi dari Devanagere ini selama 2 jam dan berhenti di Hubli untuk mengambil bas pula ke Belgaum (2 jam). Akhirnya, dengan mengikut fatwa hati dan beberapa ‘consideration’ yang lain, aku memilih untuk mengambil pilihan kedua. Dengan beg ‘luggage’ yang besar ini, aku menetapkan hati dan meneruskan langkah penuh pengharapan terhadap yang maha melihat di atas sana.
Terbayang-bayang cerita hindustan yang sangat popular satu waktu dahulu,.Kuingatkan hanya melihat si heroin dilepaskan pergi dengan keretapi di televisyen sahaja tapi nampaknya hari ini, aku sendiri yang menaiki keretapi lama yang perjalanannya dua kali ganda dari perjalanan dengan bas di bumi Maududi ini.
Di kiri dan kananku kini terhampar luas ladang-ladang yang sedang dibajak untuk menanam tanaman yang baru mungkin. Rumah penduduk tempatan di sini banyaknya kelihatan petak sahaja petanda kesederhanaan mereka dan mungkin juga kerana kemiskinan hidup. Namun, mereka kelihatan gigih di sana, berjuang meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Untuk diriku sendiri, melihat mereka yang ‘homeless’ di stesen keretapi tadi sudah cukup membuatkan aku menginsafi diri. Sebagai manusia, sudah semestinya aku terlebih bersyukur dalam hidup ini lantaran terlalu banyak nikmat yang Allah bagi untukku, alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Aku bahkan merasa sangat sedih melihat kedhaifan mereka dan betapa gigihnya mereka meneruskan kehidupan. Lebih sedih apabila mengenangkan bahawa mereka tidak memahami hakikat kehidupan ini. Hidup bertuhankan manusia dan dunia, jauh dari ketenangan hidup seorang mukmin yang hanya menjadi hamba kepada TuhanNya, bebas dari belenggu kehidupan dunia yang melemaskan. Bahkan keyakinan seorang mukmin terhadap “ad-dunya mazraatul akhirat” (dunia ini sebagai ladang akhirat), sudah cukup menjadikan mereka seorang manusia yang ‘cool’ & tenang dalam hidup ni. sehinggakan ar rasul saw yang tercinta sendiri menitipkan kata-kata ini;
“Sungguh ajaib dlm urusan orang mukmin.Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yg menggembirakan lalu dia bersyukur, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikan baginya” (Riwayat Muslim)
Terlalu banyak yang Allah ingin aku berfikir tentangNya dan tentang kehidupan ini melalui tarbiyah di sepanjang perjalanan di sini. Dan di saat aku bermuhasabah itulah, aku menangis sendiri, menyesali diri. Aku cukup merasakan bahawa, kerana aku yang belum bersungguh-sungguh dalam bekerja dan beramallah, maka mereka belum mendapat sinar islam & iman itu. Sehingga memaksa mereka hidup bertuhankan manusia dan dunia, jauh daripada ketenangan & ketenteraman hidup seorang mukmin yang hanya menjadi hamba kepada TuhanNya, bebas dari belenggu kehidupan dunia yang melemaskan serta meyakini akan kehidupan yang lebih kekal & abadi di sana nanti.
Kerana mereka berjuang sesungguh-sungguhnya untuk kehidupan yang pendek ini semata-mata, maka kita seharusnya berjuang jauh lebih bersungguh lagi untuk kehidupan kita yang kekal di sana!
“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras, sekuat-kuat kerja, menuju Rab (Tuhan)mu, maka kamu akan menemui-Nya (menemui Allah).” (84:6)
“Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.” (3:51)

“kanak-kanak sekecil ini sudah bekerja keras untuk sebuah perjuangan kehidupan,.kita bagaimana?








anis
Jul 04. 2012
Assalamualaikum kak.
terima kasih sgt2 kak di atas post yg sgt bermakna. Doakan saya juga kak, semoga terus kuat ats jalan ni. Takut sgt2 disbbkn kelemahan diri, byk hak2 umat x dapat dipenuhi. huhuhu