Sebuah mimpi yang kita cita-citakan

Perubatan Islam

Dahulu, generasi ayahanda kita sangat mengimpikan sebuah bangunan yang mampu menaungi kehidupan dan pekerjaan mereka.

 

Mereka mahu berada dalam sebuah organisasi yang boleh mereka arahkan ke arah penjanaan kewangan dan memberikan biah solehah kepada penghuni di dalamnya.

Malah, mengimpikan ramainya kader-kader dakwah dicetak dari organisasi tersebut.

 

Akhirnya, muncullah pelbagai organisasi dan syarikat yang ditubuhkan atas dasar amat mulia ini, mewujudkan sebuah biah solehah dalam pekerjaan, serta menjanakan duit untuk jemaah dan dakwah.

Impian kita semua adalah:

 

i) untuk kekal dalam dakwah

ii) untuk terus melaju dalam tarbiyah dalam keadaan apa sekalipun, bekerja, belajar mahupun bersara.

 

Pada kita, terutamanya doktor dan seumpama dengannya, memiliki hospital yang ada biah solehah, fulldose tarbiyah, consultant dan specialist yang ikut usrah adalah sebuah mimpi yang kita cita-citakan.

 

Dengan harapan bahawa kita juga dapat menjadi kader dakwah yang bazooka dan boleh istiqamah di atas jalan ini.

Ada orang bertanya saya, bolehkah kita wujudkan sebuah hospital Islam yang ada dewan daurah dan banyak bilik2 untuk usrah.

 

Kita wajibkan usrah kepada semua doktor , begitu juga nurse, PPK, ahli2 lab dan juga catering personels.

 

Setiap hari jumaat pukul 12-2pm semua hal-hal hospital dihentikan untuk solat jumaat dan juga tazkirah jumaat untuk wanita.
Setiap pagi sebelum ward round kol 8am, consultant akan bagi tazkirah 10 minit tentang tujuan hidup dan juga tazkiratul maut.

Alangkah indahnya dan bahagianya hidup ini jika perkara itu berlaku.

 

Inilah impian teragung kita.

 

Para masyayikh dakwah terdahulu mengimpikan perkara yang sama. mereka bergabung tenaga melalui perjalanan yang hampir mustahil, namun akhirnya mereka berjaya. Membuka sebuah universiti dan hospital yang dikenali ramai . Begitu juga suasana dan biah yang solehah.

 

Namun, ia bersifat private, dan private sangat jauh beza dengan hospital kerajaan mahupun waqaf. Walhal banyak perkara tak mampu dilaksanakan dek kesibukan dengan jadual2 klinik yang padat. begitu juga tak semua orang , realitinya boleh ditarbiyahkan dalam sesebuah organisasi.

 

Kerana, manusia ini ada pilihan. Dia boleh pilih untuk mengikuti dakwah ini ataupun tidak.

 

dan realitinya, tak mudah mewajibkan orang ikut usrah kerana realitinya orang yang terpaksa ini takkan kekal lama.

 

Saya lahir dari pendidikan sekolah Alamin dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Usrah diwajibkan seawal darjah 4 dan kami belajar manhaj tarbiyah ikhwan sejak tingkatan 1.

Yang kekal berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini, Hanya 10% sahaja.

Jika kita mahu membina hospital tarbiyah, maka orang yang bekerja di dalamnya sudah seharusnya ikut usrah. Kriteria nak masuk kerja kat hospital itu perlu ikut usrah.

 

Namun, usrah kita belum sampai lagi ke fakulti jururawat, physiotherapy, dietitian, pharmacy dan lain2 secara meluas. Kita masih bergantung juga pada kaum india dan cina untuk membantu dalam perjalanan gerakan hospital tersebut. Maka, nak tak nak, pada fasa ini, kita amat memerlukan mereka yang bukan ikhawah akhawat dalam perjalanan sebuah hospital.

 

Persoalan boleh ke tidak kita membina hospital tarbiyah ini adalah kerana , di dalam dakwah ini, terlalu ramai kader dakwah terdiri dari penuntut luar negara yang berpendidikan perubatan. Kepekatan dakwah dan tarbiyah di luar negara seakan-akan tidak mampu dibumikan sewaktu houseman di Malaysia.

 

Housemanship di Malaysia terbukti menfuturkan kader dakwah. Ini amat terbukti.

Maka, adakah perlu kita membuat hospital tarbiyah untuk menyelamatkan kader-kader dakwah yang amat mahal di sisi dakwah ini?

 

Pada pendapat saya, tidak perlu. Istiqamah atau tidak di dalam dunia pekerjaan adalah bergantung dengan attitude dan keazaman seseorang. Bukan bergantung pada faktor luaran. Barangkali kita boleh wujudkan hospital tarbiyah, tapi kita sendiri tak mahu ikut usrah atas alasan penat dan malas.

 

Maka, yang pentingnya adalah keimanan dan prinsip yang kita pertahankan. Bukan hospital mana kita dicampakkan walaupun faktor sokongan ( support system) adalah perlu.

 

Malahan, setiap tahun, kini, terdapat 8000 graduan perubatan yang lahir dari pelbagai universiti dalam dan luar negara. Kementerian kesihatan pening nak tempatkan kat mana houseman-houseman baru grad. Hospital kerajaan tak banyak. Maka, kita akan melihat di dalam sebuah ward, terkadang ada 40 houseman sekaligus!

Malah, ada akhawat yang mengadu kat saya:

 

‘ Akak, saya boring sangat saya jaga satu patient je hari ini! Asyik duduk tak tahu nak buat apa!’

 

What??? 

Alangkah ruginya training yang tak dapat dilaksanakan dengn baik

Dari 8000 graduan tersebut, terdapat dalam 500 orang adalah mereka yang pernah tersentuh dengan tarbiyah, samada yang aktif mahupun tidak.

 

Percayalah, dalam 500 orang tersebut yang tercampak ke serata Malaysia, kita akan terserempak juga dengan ikhwah atau akhwat kita, walaupun kita mungkin tidak mengenali.

Saya menerima surat referral letter daripada HKL kepada Hospital Sungai Buloh untuk follow up pesakit HIV.

SAya menyoroti surat yang begitu baik ditulis, dalam ayat bahasa Inggeris yang sangat teratur.

Akhirnya saya terlihat cop yang tertera sebuah nama yang amat saya kenali satu masa dahulu.

 

Puteri Aida Ilani. Graduates Ireland.

Subhanallah. Akhawat kita.

Saya juga pernah ditegur oleh seorang ikhwah Jordan yang bekerja sebagai houseman saya.

‘ Doktor, doktor ini orang2 usrah kan? ada tak usrah untuk brothers?’

Aik, dapat aura ye akhi ini.

 

Bekerja di hospital kerajaan bermakna kita bekerja dalam sebuah realiti.

Bekerja dengan ikwah akhawat amat mensejahterakan hati, membahagiakan perasaan dan membangkitkan iman.

Saya amat tahu perkara tersebut. Bahagia bersama dengan orang yang takkan marah, takkan tinggikan suara, malah amanah pula itu.

Namun, saya amat menghargai training yang hospital kerajaan berikan kepada kami semua.

Training untuk menjadi resilience, tough and numb.

Ya, kebas dari kene kutuk, kene hamun, kene tengking.

Menjadikan jiwa kita jiwa kebal dan kental.

Tak mudah menangis dan lemah.

Mendidik jiwa keperwiraan dan terus mantap melawan arus.

 

Malah, berpeluang membina skills berDF rakan sebaya yang tak ikut usrah, dan skills menawan hati specialist yang asyik nak cari alasan untuk condemn kita.

 

Ini tidak akan kita dapati dalam hospital tarbiyah.

 

SAya berada di alamin selama 11 tahun dan saya sangat complecent dan selesa dengan keadaan yang ada. Apabila saya keluar dari Al-amin, saya terus futur kerana tak boleh handle desakan arus dunia yang mendesak.

saya bersyukur, bumi UK yang penuh tough itu melatih diri saya terus berlari dan maju ke hadapan walaupun banyak badai menimpa. ALhamdulillah.

 

Harapannya, kita mahukan hospital tarbiyah. Tapi ini adalah impian apabila Malaysia sudah menjadi sebuah negara Islam.
Sebelum itu, kita wujudkan hospital waqaf, memberikan khidmat percuma pada masyarakat agar mereka mengenali islam.

 

Maka, kita perlu kerja keras untuk wujudkan impian ini.

Hospital tarbiyah bukan untuk diri kita, kerana seorang daie ini dia harus kuat, dia mencorakkan bukan dicorakkan oleh orang lain.

Hospital tarbiyah ini untuk orang ammah yang kita dakwahkan, agar mereka datang kepada kita untuk mengetahui tentang Islam ini.

Kesimpulannya:

1) Be tough

2) Housemanship kat malaysia sudah bertambah mudah

3) have to be resilience dan degil utk ikut je usrah walau apa yang berlaku

4) aim for specialist as early as possible

5) kita wujudkan hospital waqaf satu masa nanti iAllah.

 

wallahualam

 

Comments

comments

2 Responses to “Sebuah mimpi yang kita cita-citakan”

  1. ENCIK MUSAB

    Mar 31. 2013

    Menarik
    (Y)

    Reply to this comment
  2. Muaz

    Apr 02. 2013

    Mmg terasa kosong giler,tanpa usrah dan tarbiyah…masa zaman University rasa beban…skrg rasa perly sgt…

    Reply to this comment

Leave a Reply