Sebuah harapan baru part 2

Pelik tak jika kita melihat parti-parti yang mahu memerintah negara ini mengumumkan calon-calon berusia 35 tahun ke bawah tapi tidak ada seorang pun dari mereka merupakan produk tarbiyah ikhwan?

 

Sedangkan mereka ini kualiti manusiawinya  adalah ibarat emas. Menjadi magnet buat masyarakat.

Mungkin ada 3 sebab:

1) Samada kita tak sempat berDF dengan orang emas dan mutiara seperti mereka

2) Kita masih belum mampu melahirkan kepimpinan hebat dan tegar seperti itu. ( Sedangkan kita mengatakan tarbiyah kitalah paling terbaik dan solid)

3) Kita masih belum bersedia mengeluarkan pemuda-pemuda ke gelanggang pertempuran hebat itu sebelum masanya.

Saya cenderung merasakan bahawa kita membuat pilihan yang tepat dengan memilih no 3. ( well, no 1 itu pun mungkin juga. huk)

Kepimpinan ini merupakan suatu tanggungjawab amat luar biasa sekali.

Ia bukan sekadar memberi kemenangan buat rakyat.

Namun bersedia menjadi khadim kepada rakyat.

Menjadi hamba kepada rakyat.

Seterusnya melaksanakan amanah Allah untuk meletakkan Islam di atas muka bumi Allah ini.

Politik Tanah Air

Alhamdulillah kita dikurniakan peluang untuk menyaksikan arena pilihan raya yang tak pernah wujud di mana-mana negara sekalipun.

Koalisi tiga fahaman dan penjuru berbeza. Parti islam, islam liberal dan kaum bukan Islam. Kerjasama sebegini tidak wujud di mana-mana negara.

Ini adalah sebuah fiqh dakwah yang harus kita kaji dan fahami berdasarkan sirah Rasulullah.

Dalam sirah sangat banyak contoh koalisi yang dilaksanakan RAsulullah. Ini bermula dengan kerjasamanya dengan raja Nasyasyi. Seterusnya dengan penduduk di Madinah yang dikalangan orang munafik dan kaum yang baru masuk Islam. Ada pahit maungnya seperti pembelotan dan sebagainya. Namun sangat best dijadikan rujukan.

 

Apapun, saya terkejut melihat salah seorang calon salah sebuah parti politik  adalah adik perempuan berusia 27 tahun. Ciri-ciri menarik yang dipaparkan mengenainya adalah kerana dia ini pandai berdebat.

Heh.

Teringat saya pada kata-kata ibnu Masud pada post ini .

Orang Muda sebagai pemimpin.

Walaupun geloranya semangat kita untuk bersama-sama seperti mereka, menjadi pemimpin, membantu rakyat, dan memiliki suara di parlimen, namun apa yang ditunjukkan pada Rasulullah sudah cukup sebagai contoh.

Imam Syafie pernah menyebut:

‘ Apabila orang muda menjadi pemimpin, maka hilanglah separuh ilmunya’.

Ini kerana sibuknya menjadi pimpinan hingga tidak sempat untuk belajar.

Bagi kita para duat, pilihan raya kali ini harus memberi dinamika yang baru buat kita.

Harus memberi satu desakan yang amat kuat dalam diri kita bahawa, jika kita menyakini jalan dakwah dan tarbiyah ini merupakan jalan pilihan Rasulullah, dan kita yakin bahawa kita mengikuti jalan ini kerana mahu mengikuti sunnah-Nya, maka kita harus menyediakan diri kita ke arah penubuhan daulah Islam.

Maknanya kemenangan yang terjadi pada tarikh ini, harus menjadi satu leap point, satu fasa pembelajaran, melakarkan satu strategi baru, bagaimana kita dapat melaksanakan syariah Islam di malaysia, satu masa nanti..

Bagaimana akhirnya negara ini boleh muncul sebagai daulah islam.

Kemenangan kita bukan lagi hari ini. HAri ini adalah permulaan hari-hari yang panjang. Di mana kerja-kerja perancangan, percaturan dan mempelajari banyak perkara harus berlaku.

Persediaan menjadi pemimpin

Dan ya, kita kene aim, pada usia kita 40-45 tahun ( umur rasulullah menjadi pimpinan), maka kita harus bersedia menjadi kepimpinan masyarakat.

Bukan yang tahu bercakap dan hebat berdebat,

Tetapi yang faqih, dan memahami sebenarnya risalah yang dibawa.

Bukan sekadar kita membanteras korupsi, rasuah, ketidak adilan, memerangi jenayah serta memberikan pendidikan dan kesihatan percuma pada masyarakat, tapi lebih kepada itu, kita mahu menegakkan semua sistem Islam.

Perjuangan kita melangkaui isu menurunkan harga kereta dan minyak kerana itu bersifat sementara dan materi. Paling penting, kita mahu menegakkan sebuah sistem di mana semua masyarakat di Malaysia ini tunduk dan mengabdikan diri kepada Allah.

Ya, sistem di mana, apabila masyarakat pergi ke tempat kerja, pergi shopping, pergi jalan, duduk dalam train, semuanya dalam kerangka mengingati Allah.

Seterusnya melakukan ekspansi dakwah Islam di seluruh dunia.

Mengapa orang Arab tidak boleh bersatu?

Pulang dari Mekah baru-baru ini, saya cuba menggambarkan bagaimana Islam boleh bangkit semula di rantau Arab yang rata-ratanya dikawal oleh sistem monarki.

Subhanaallah ratusan ribu orang bersolat 5 waktu sehari di Masjid Haram, menyembah Tuhan yang sama, membaca surah yang sama, namun..

Mereka masih tidak boleh bersatu hati untuk menegakkan Islam. Apatah lagi membantu Syria. Ergh!

Mereka bercakap bahasa yang sama.

Di sana, kalau nak minta tolong, ” Excuse me” orang tak faham. Orang faham: Ya hajjah! Thoriq ! THoriq”

Maknanya jalan, berikan laluan.

Subhanallah. Ratusan ribu orng berumrah di rumah Allah ini, dan hampir kesemunya hadir untuk menyelamatkan diri sendiri dan mendoakan diri sendiri. Siapakah yang mengambil peluang hadir di rumah Allah ini untuk menyatukan umat Islam ini?

Tidak termasuk 5 juta orang muslim yang menunaikan haji. Semuanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Siapakah yang mahu menyatukan mereka dan akhirnya….

Menegakkan semula khalifah?

And yes, you, Arab, speak the same language! But your hearts are differ from each other.

Astaghfirullah. Sangat menyedihkan.

Jika Malaysia lahir sebagai negara Islam, membawa bendera kekhalifan, then itu adalah cabaran yang besar, kerana orang Arab, takkan akui ketuanan orang melayu yang tidak pandai berbahasa Arab. Apatah lagi yang tidak hafal dan memahami al-Quran.

Apa yang mungkin terjadi adalah kebangkitan Islam di negara-negara Arab, akhirnya akan muncul negara-negara Islam dari rantau lain. Negara-negara ini akan membentuk  koalisi, dan Malaysia di waktu itu sudah harus wujud kempimpinan Islam untuk bersama koalisi tersebut.

Sehinggalah yang menjadi order baru dunia adalah Islam.

Dari banyak-banyak daulah yang lahir, akan lahirlah sebuah kerajaan, dan akhirnya empayar, dan akhirnya ustaziyatul alam.

 

Peranan kita

‘ Asalkan anti faham’

Di waktu itu, saya mati-mati ingat murabbi saya mengharamkan saya masuk politik. Saya tahu, dia amat bercita-cita semua anak muridnya menjadi seorang syeikh dan murabbi sepertinya. Namun jawapannya itu amat memeranjatkan saya. Sungguh dia memberikan satu nasihat luar biasa sekali.

 

Di waktu penduduk Taif sudah mula merasai kegoncangan ekonomi di negara mereka, mereka menghantar 6 wakil untuk bertemu dengan Rasulullah.  Penerangan detail boleh baca dalam buku di bawah:

 

Mereka minta tiga syarat dari Rasulullah jika mereka masuk Islam:

a) Berhala mereka al-Lat tidak dihancurkan selama 3 tahun

b) mereka dikecualikan dari solat 5 waktu

c) Bukan mereka yang hancurkan berhala mereka, tapi Rasulullah sendiri yang kena lantik orang lain untuk hancurkannya.

Rasulullah menolak dua permintaan awal walaupun dinegosiasi hebat oleh wakil TAif. Mereka minta untuk kekalkan Al-Lat selama setahun kemudia nsebulan then beberapa hari. Tapi Rasulullah minta hancurkan berhala serta merta dan menunaikan solat.

Penduduk Taif akhirnya tidak ada pilihan melainkan tunduk pada Rasulullah dan akhirnya jatuhlah Taif di tangan orang mukmin seperti mana doa Rasulullah.

 

Ini adalah di antara kefahaman fundamental bagi pemimpin Islam: tidak ada negosiasi dari sudut akidah. Sengaja saya bawak cerita Taif kerana tak ramai yang tahu. RAmai lebih sinonim dengan kisah di sebalik surah al-Kafirun.

Sepanjang Rasulullah melakukan ekspansi Islam di tanah Arab, baginda sedikit pun tidak berganjak atas prinsip Islamnya. Masa 10 tahun amat sekejap, tapi panjang waktunya pada zaman hidup RAsulullah menjadi pemimpin umat Islam. TErlalu banyak perkara yang  berlaku di mana, mustahil sekali 10 tahun begitu sekejap sahaja Islam berkembang pesat.

 

Muda tidak semestinya jahil.

Walaupun umur yang matang itu menjadi aset dalam memimpin sebuah negara, Allah menukilkan dalam sejarah kebangkitan Islam, terdapat ramai pemimpin Islam yang berusia amat muda, namun kematangannya jauh lebih ‘tua’ dari para seniornya yang lain.

Bukan sahaja pada Ali, bukan sahaja pada Zaid bin Harithah tapi pada Hassan Al-Bana sendiri.

 

Begitu juga gabenor yang dilantik di Taif adalah orng yang  muda bernama Aban bin Abi Al-As. Apa kelebihannya? Beliau adalah orang yang paling memahami Qur’an dan sunnah.

Begitu juga Al-Bana ketika membawa dakwah ikhwannya di awal usia 20an.

Apa kelebihannya?

Memahami Al-Quran dan sunnah.

Usia muda, tapi matang dari sudut ilmu dan kefaqihan.

Adakah kita begitu?

Di Malaysia, pendidikan dan kehidupan kita disibukkan selain dari al-Quran dan As-Sunnah.

Menghafal al-Quran dan As-sunnah bukan menjadi budaya masyarakat kita.

‘ Ustaz berapa lama sudah berada di Mekah?’

Aku bertanya pada mutawwif kami ustaz Abdul Rahman, berketurunan Indonesia.

‘ Sejak sekolah menengah lagi. Sudah belasan tahun.’

Ada orang Malaysia hantar anak mereka ke Mekah dari belasan tahun? Ada, tapi tak ramai. Mungkin boleh dibilang jari.

Budaya memahami Islam dan dahagakan ilmu Islam di kalangan rakyat Malaysia amat jauh.

Kita lebih mengejar kedudukan materi dan jawatan berbanding dengan kefahaman dalam Islam.

Samalah, orang biasa atau orang dakwah. SAma sahaja.

Antara nak anak jadi ulama dan doktor, lebih ramai cenderung mahukan anaknya menjadi doktor.

Kenapa?

‘ Jadi ulama awak nak makan apa?’

Kerana doktor di sinonimkan gaji besar dan ustaz gaji kecil!

 

Kereta doktor dan kereta ustaz? heh

Kereta doktor dan kereta ustaz? heh

 

 

Ini merupakan episod pembelajaran yang besar.

Maka, belajarlah.

Said Hawwa menyenaraikan 10 cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh para pendakwah:

1) Ilmu Usul As-tsalasah ( ilmu usul 3) : Allah, Islam dan rasul.

2) Al- Quran, tafsir dan Ulum Al-AQuran

3) Fiqh dan Usul Fiqh

4) Akidah, akhlak dan syariah Islam

5) Sejarah, umat Islam dan sirah nabawiyah

6) Ilmu Bahasa Arab

7) Ilmu Hadits dan Usul Hadis

8)Fiqh dakwah dan Gerakan Islam

9) Deislamisasi ( ghazwul fikri dan gerakan memurtadkan orang islam)

10) Study islam modern.

 

Ya, banyak yang harus dipelajari.

Ingat apa Stephen Covey pernah ajarkan pada dunia?

Rule #1 : Begin with end of mind.

Rasulullah dah ajar kita —> Menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Itulah end of mind kita.

Walaupun kita tak memasuki arena politik sekalipun, dakwah itu harus sampai dan suara Islam ini harus masuk , merajut ke hati seluruh rakyat Malaysia.

Yakinlah, ramai orang pandai bercakap, tak ramai orang ada isi yang baik untuk diucapkan.

Gunakan masa ini untuk belajar, menimba pengalaman dan kencang dalam tarbiyah.

Ya, seperti biasa, bumi Malaysia mengajarkan kita bahawa, tarbiyah tidak datang secara mudah dan percuma.

Ianya memerlukan keringat, ketahanan dan keazaman yang kuat.

Kita harus belajar tentang Islam. HArus menguasai al-Quran. Harus menghafal Sunnah. Harus menguasai Bahasa Arab.

Ya, walaupun kita bergelar doktor, jurutera, arkitek, akauntan atau guru, menguasai Islam itu harus menjadi keutamaan.

Ia harus menjadi agenda utama kita.

Iallah, 10-15 tahun lagi, generasi kita akan beranjak ke usia 40-45 tahun.

10-15 tahun, untuk menyiapkan diri dan kader-kader dakwah.

Menyediakan kader inti dakwah seramai sekurang-kurang 870 ribu orang? ( approximate 3% of 29 millions).

Heh.

Semput.

iAllah.

 

10 tahun itu nampak sekejap buat Rasulullah. Dari seorang, menjadi ratusan ribu.

iAllah. 10 tahun ini, jika kita sungguh-sungguh, jika kita tegar, tak mengeluh kerana asyik ketiadaan murabbi, proaktif , cergas dan aktif mencari ilmu, we can make this happen.

 

5th May is just a beginning.

Welcome to a new Malaysia!

 

Wassalam

AisyahZ

Comments

comments

No comments.

Leave a Reply