Sebuah harapan baru part 1

Ada sebabnya mengapa website ini sunyi dari update.

 

Rata-rata teman rapat saya sering menyindir sinis kerana amat jarang sekali mengupdate wajah ini.

 

Pada saya, tempoh masa untuk belajar, dan bertafakur merupakan masa-masa keramat sebagai seorang pemuda.

 

Teringat saya pada kata-kata Ibnu Mas’ud yang bermaksud:

” Kalian pada zaman ini memiliki sedikit khatib ( orang yang banyak bercakap) tapi memiliki ramai ulama. Kelak akan datang satu zaman di mana akan ramai khatib, tetapi sedikit sahaja ulama.”

Person Annoyed by Others Talking

 

Melihat fenomena dan polemik politik yang baru di tanah air cukup menggelorakan hati saya.

Hati muda mana yang takkan menggeletar dan bersemarak di saat sorakan kebangkitan dan arus perubahan sedang berjalan kencang di jalanan?

Tentu sahaja kita mahu bersama mereka dan mahu memberikan harapan kemenangan buat rakyat malaysia.

 

 

Kita memahami erti kemerdekaan , kesejahteraan , keselamatan dan keadilan kerana Islam yang kita fahami memiliki kesemunya itu.

 

Kita fahami Islam itu menyejahterakan semua orang. Dan kita mahu membumikan kesejahteraan itu.

PRU-13-Pilihan-Raya-Umum-Malaysia

Kita juga memahami urutan tangga amal kita. Kita membina individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim dan akhirnya sebuah daulah muslim.

 

Kita melihat peluang untuk mendirikan daulah. Ya. Di bumi ini. Cuma daulahnya belum ke arah muslim lagi. Namun saya melihat ia merupakan susur baru bagi kita untuk diterokai ke arah menuju daulah Islam itu sendiri.

Peristiwa kebangkitan rakyat dan tsunami perubahan ini amat dekat dengan diri kita ketika menyelusuri sirah Nabi S.A.W ketika mana baginda mahu melakukan umrah pada tahun ke-6 Hijrah. RAsulullah amat rindukan baitullah, ( siapa yang tidak setelah melihat Kaabah?)  , dan barang siapa merasai kerinduan itu akan memahami rasa hati Rasulullah.

 

Umum tahu, Quraisy menutup jalan untuk Rasulullah masuk ke Kota Mekah pada tahun itu.

Sebab apa?

Sebab takut, Rasulullah akan memerangi kota mekah, walaupun jaminan keamanan telah pun diberikan oleh Rasulullah untuk memasuki Kota Haram itu.

Rasulullah hanya nak umrah dan buat haji. Tapi, mereka takut pada kedatangan Muslim.

Takut disebabkan prestasi Rasulullah dan kaum Muslimin yang cukup hebat di seluruh jazirah Arab itu.

Kita mengetahui akhirnya perjanjian Hudaibiyah termaktub sebagai salah satu shield orang Quraisy terhadap ketakutan mereka akan serangan kaum Muslimin.

Kita tahu tahun itu Rasulullah tak dapat tunaikan umrah dan ditangguhkan ke tahun hadapannya.

Heh.

Sinonim juga dengan apa yang berlaku kini. Dan cukup sahaja media sosial menceritakan segala-galanya tanpa saya menokok tambah.

Siapa yang takut. Siapa yang sedang bangkit. DAri tahun 2004 sehingga sekarang. Sedikit demi sedikit ruang kebangkitan itu muncul.

 

( boleh nampak tak ni? heheh)

Dahulu tidak ada siapa boleh menyangka peristiwa 5 Mei ini akan berlaku. Dan alhamdulillah ia berlaku. WAlaupun apapun keputusannya, kemenangan itu sudah pun termaktub.

KEmenangan pada kesedaran rakyat.

 

SAya terkilan kerana bukan pimpinan dakwah ikhwan yang menerajui kepimpinan. Seperti mana di Turki , Indonesia mahupun di Mesir.

Sedangkan memang kita mengetahui bahawa tarbiyah inilah yang terbaik untuk melahirkan kepimpinan. Dan tarbiyah yang kita fahami inilah mampu melahirkan kepimpinan yang disegani masyarakat.

Disebabkan itulah apabila melihat kemunculan pimpinan-pimpinan muda di mana-mana parti pun sedikit sebanyak menderaukan hati saya. Mengapa? Well, they are about my age, and some of them are much younger.

Namun, di manakah satu produk tarbiyah?

ya, mungkin PAS. TApi mereka secara originalnya adalah asatizah. Yang mempelajari dakwah dan islam di universiti mereka.

 

Namun yang lahir dari produk tarbiyah?

None.

(owh, saya katakan golongan muda ya, 35 tahun ke bawah)

 

Ada di antara pemimpin muda itu telah menjadi wakil rakyat semenjak penggal lepas, Yakni, di usia mereka awal 20-an lagi.

 

Pernah saya menyebut pada murabbi saya:

‘ Ustaz, boleh tak ana nak masuk politik?’

Saya masih ingat lagi. Di waktu itu, kami sedang berdaurah, menghabiskan isi ‘muntalaq. Di waktu itu musim sejuk di Galway. Kami menempuh perjalanan selama 4 jam dari Dublin ke sana , untuk menghadiri daurah selama 6 jam, sebelum pulang semula ke Dublin paginya itu untuk kembali ke Scotland menaiiki flight. Kami hanya berada di Ireland selama 24 jam sahaja untuk menghadiri daurah di sana.

Oh, sangat rindukan suasana himmah dan bersih itu.

‘ Boleh, kalau anti faham apa yang anti nak bawa’

 

Murabbi kami itu amat dikenali syadid dalam tarbiyah. Ramai tak leh masuk dengan dia kerana dia dilihat amat ekstreme kepada tarbiyah sehingga tidak seimbang pada aspek yang lain. Padaku yang mengenalinya, saya amat berterima kasih kepada dia kerana mengajarkan saya keekstreman itu. Kerana dari ekstremenya itu, apabila pulang ke malaysia yang amat mencairkan ini, Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya masih berada di sini. Di jalan dakwah dan tarbiyah ini.

 

Dari itu saya mula memahami maksudnya.

Jika kita faham apa yang kita bawa.

 

Kemudian saya memahami, mengapa kita masih jauh lagi dari menduduki kepimpinan itu.

Kita masih belum bersedia

And yes, banyak yang belum kita fahami lagi.

Kemenangan yang bakal dimiliki ini membawa arus paradigma yang baru buat kita, para duat di seluruh Malaysia.

Pengalaman politik di dalam negara ini adalah suatu pengalaman yang amat luar biasa sekali buat duat seperti kita.

Pertamanya, ia amat menguji kefahaman kita kepada sifat dakwah dan perlaksanaan dakwah itu sendiri.

Melihat sendiri kepada Rasulullah, saya amat tertarik ketika mana penduduk taif mahu negosiasi dengan baginda sewaktu baginda masuk ke kota taif buat kali ketiganya.

Kali pertama sewaktu sebelum Hijrah. Seperti mana umum tahu baginda dibaling batu, dihinakan dan ditolak mentah-mentah oleh penduduk Taif. Sehinggakan Malaikat Jibrail menawarkan diri untuk :” ”Wahai Rasulullah, Allah telah mengutuskan kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkupkan Mekah diantara dua bukit dan mereka akan musnah”.

 

Jawab Rasulullah Saw:

“Wahai Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah”. Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Akhirnya, setelah Fathu Makah pada 8 Hijrah, Rasulullah cuba untuk menawan semula Taif. Tapi di waktu itu kubunya masih kuat dan bentengnya tak mampu ditembus oleh orang Mukmin. RAsulullah akhirnya pulang ke Madinah, menyusun strategi dan akhinya  berjaya menawan seluruh Jazirah Arab yang dikuasai oleh orang Rom di waktu itu.

Sehinggalah dalam setahun begitu, orang taif sendiri menyedari mereka keseorangan dalam menentang orang Mukmin di waktu itu.

Di waktu itu seluruh jazirah Arab menerima Islam sebagai agama baru mereka. Tidak ada negara yang mahu berniaga dengan mereka. Tambahan pula, ramai rakyat miskin mereka telah berhijrah ke Madinah dan menganut agama Islam

Mereka yang masih tinggal di Taif tersepit dan semakin kurang bekalan makanan. Ekonomi mereka rapuh kerana perdagangan mereka lumpuh.

Mereka akhirnya datang sendiri kepada RAsulullah.

Heh.

Untuk apa.

Menyerah diri kepada Rasulullah.

Menariknya, mereka minta 3 perkara sebagai tukarannya.

 

Apa dia 3 perkara tersebut?

 

Iallah saya sambung lagi. Panjang-panjang, orang susah nak concentrate kan.

Heh.

PS: owh ya, poin saya nak sampaikan tak sampai lagi. Stay tune.

 

 

Comments

comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Sebuah harapan baru part 2 | - May 5, 2013

    [...] Teringat saya pada kata-kata ibnu Masud pada post ini . [...]

Leave a Reply