Oh Usrahku!

Ok,

saya teringin nak tulis macam auni dan APG kalau sentuh bab-bab usrah dan dakwah. Saya rasa penulisan saya skema dan ketinggalan zaman tok kangkung dulu kala. Tak tahulah kalau saya tulis jela-jela, adik2 zaman alpha ini sanggup ke baca tulisan sampai ke noktah selepas 129 patah perkataan. Ok. Melampau.

Saya menerima dua emel tentang usrah.

Dan tentunya, saya rasa macam…

 

entahlah.

Numb.

Dari dulu lagi saya tulis pasal usrah.
Kasi semangat utk ramai ikut usrah.
kasi motivasi supaya STAY dengan usrah.
KAsi harapan bahawa usrah itu jalan pintu kita ke syurga………

tapi……

usrah tetap usrah.

ada masa best
ada masa bosan (baca: horror boring!)
ada masa terbeban
ada masa mengasyikkan.

Naqibah dulu punyalah caring dan penyayang
usrah mate pertama dulu punyalah kamcheng.

yang sekarang ini….
kenal pun tak
asyik nak habis silibus sahaja
naqibah asyik marah je
balik-balik denda je
takde kasih sayang
takde peningkatan.
tak dapat apa2.

arrgghh!!!

Perlu ke lagi stay usrah camni?????

knock knock!

Oh Usrahku!

Bila bercakap tentang usrahku, aku terpaksa bercakap pasal…….

 

Oh jemaahku!

Ini hanya kerana usrah adalah nukleus bagi jemaah. Ianya adalah mata rantai jemaah.

Terputusnya kita dari usrah bermakna terputuslah kita dari jemaah.

Dan aku sangkakan bahawa kalaulah dapat kita rakyat Malaysia berusrah dengan anak buah Hassan Albanna, tentulah iman kita meletup-letup dan amal kita terloncat-loncat dan sehari kita hanya tidur 2 jam sahaja sebab asyik dengan dakwah dan ibadah.

Namun,

ini tak berlaku.

Even akhawat kita yang berusrah dengan anak buah Hassan Al Banna pun mengadu perkara yang sama.

Usrah kering,
takde peningkatan
berat gila nak gi usrah
tak semangat
rasa futur dalam usrah ( erk.. ini fiqh dakwah baru ini. futur dalam usrah. uhuk)

Sehingga kita ambil option untuk keluar dari usrah.
Kerana rasa terpinggir
kerana rasa tidak dipedulikan
kerana tidak rasa ada apa-apa yang boleh diambil dari usrah

RAsa buang masa dan tenaga.

Lantas,

apa yang membuatkn orang lain boleh stay?

Bila kamu rasa kamu bosan dengan usrah, kamu tidak tahu betapa ramainya lagi senior-senior kamu di dalam usrah ini mengalami fasa stagnansi yang begitu lama sekali.

Usrah mereka sudah lama baku dan tidak ada penambahan dan percambahan ilmu dan amal.
Setelah habis sesuatu silibus, ulang balik silibus sampai boleh hafal kulit ke kulit.

Namun,

generasai awal ini, terus tsabat dan bertahan di atas jalan dakwah ini.
Walaupun, puluhan tahun usrah mereka begitu.

Pelik, eh?

Apa yang saya belajar dalam perjalanan usrah ini, my golden years of usrah, hanyalah 2 tahun pertama awal saya mengenal jalan dakwah ini. Waktu itu umur saya 16-17 tahun. Thats it.

Hari2 selepas itu adalah hari bertarung dengan syaitan dan iman saya pada jalan dakwah ini.

terkadang saya lost kenapa saya perlu berada di jalan dakwah ini.

Sehinggalah, saya bertemu pada titik yang satu. Bahawa usrah ini adalah tali pada jemaah.

BEst ke, bosan ke, syok ke tak syok ke, pergi usrah itu WAJIB!

Kalau tak, kita bersama dengan kelompok jahiliyah.

Trust me.
SAya pernah kot tak gi usrah sebab rasa usrah bosan gila!

tapi lepas tu, jadi bertambah teruk adalah.

So, being a optimist and proactive person, bila kita berhadapan dengan usrah yang tidak menjadi taman di hati kita, kita boleh buat begini:

1) cari satu point yang best tentang usrah. SAtu point pun cukup.

Samada ahli usrah best ke. samada naqibah pandai masak ke. samada ukhuwah ke..
tapi, untuk diri saya, saya selalu niatkan utk capai redha Allah.

SAya nak cinta Allah sahaja dengan pengorbanan saya buat ini. Gagahkan diri pergi usrah yang hati saya terkadang separuh je ada. Tapi sbb saya nak redha Allah. Sbb saya tahu, naqibah saya pun turut korbankan masa dan tenaga dia untuk bawa usrah saya. Dan dia struggle nak kasi yang terbaik sebab usrah dia sendiri tak meningkatkan dia.

Alhamdulillah, akhirnya Allah menampakkan kebaikan semua naqibah2 saya. Allah menujukkan kelebihan2 mereka yang saya tak nampak sebelum ini. Sehinggalah saya benar2 treasure dan sayang super pada mereka semua.

Akhirnya saya dapat belajar banyak benda!

2) Sumbangkan sesuatu yang meningkatkan ahli usrah

time kita dapat peluang untuk share something, share terus something yang ‘gulp’kan orang, yang terus men’zass’kan dan memberi kesedaran untuk bangkit mendinamikkan usrah tu.
kita guna peluang tu untuk suntik kesedaran demi kesedaran.

3) Tingkatkan diri di luar usrah.

Kalau usrah kita dah begitu, maka, of course kene belajar banyak sendiri. Kene attend kelas atau kursus. kene banyak dengar ceramah. kene banyak membaca. cara itu kita dapat tingkatkan diri. jangan berpada hanya pada usrah

4) Memberi untuk menerima.

ini pelik. tapi benar. Saya selalu rasa terisi lepas mengisi adik2 saya. tak tahu nape. selalu rasa meningkat lepas habis sesi daurah ataupun usrah. Rasa wow! Iman bergerak! Yeeehaaaa! So boleh terussssss bergerak dan bergerak.

Begitu juga, ruh dakwah itu mengalir laju berduyun-duyun apabila saya perlu berusaha untuk sampaikan dakwah itu.

Travel tengah malam dan pulang ke tempat kerja di pagi hari setelah semalaman berdaurah. Drive berjam-jam hanya untuk attend setengah jamnya talk. Spend masa dengan adik-adik walaupun tanpa kata-kata dakwah yang terkeluar.

 

5) Bersabar atas mehnah!

Ya, macam2 alasan boleh kita guna untuk keluar usrah.

Tak pass exam

Mak marah

suami tak kasi keluar malam

Ada exam bulan depan

list go on and on..

tapi, sabarlah. Nak masuk syurga tak senang. Seperti mana awak rasa susah nak gi usrah, mmg itulah bayarannya untuk dapat syurga Allah.

Kene sabar, kene chill, cool. Kena faham usrah ini jantung kehidupan kita. Boleh kita hidup tanpa jantung kita? Of course takkan?

Kesemua itu memberikan bekalan. Di hening malam yang tiada makhluk yang bangun kecuali kita, kita alunkan ayat-ayat dakwah. Satu persatu air mata kita gugur dan hati kita yang keras berkarat menjadi selembut mata air.

Itu memberi bekalan buat kita.
Melihat sungai, langit, matahari, bintang, semua itu juga adalah bekalan buat kita.

Barangkali Allah mahu tarbiyahkan kita bahawa:

Apabila kita dilanda halangan di jalan dakwah, kita harus cari penyelesaian. Bukan lari darinya.

Untuk kita memberikan teguran berhikmah serta berterusan membina diri sendiri. .

Sabarlah dalam perjuangan ini sayangku. Kau akan temui kebahagiaan di penghujungnya.

Semua orang struggle dalam usrahnya walaupun pada orang yang hebat dalam dakwahnya.

Kerana jemaah kita ini milik manusia.

Kitalah yang harus memperfectkannya satu masa nanti.

Moga membantu kamu.

Wassalam

ukhtikum
Aisyahz

Comments

comments

6 Responses to “Oh Usrahku!”

  1. eraz

    Oct 19. 2012

    terima kasih .
    saya sekarang ni selalu rasa begitu,

    kakak tak tukar cara penulisan pun takpe,
    :)

    Reply to this comment
  2. em

    Oct 20. 2012

    jzkk kak :) :) :)
    baru semalam borak2 ngn teha dlm tren ttg usrah kami.. hu33

    Reply to this comment
  3. Saya

    Oct 22. 2012

    Assalam.

    Jazakillah Kak Aisyah. Penulisan yang baik dan sangat membantu n the most important thing it’s really full with motivation! :)

    Reply to this comment
  4. KID

    Oct 23. 2012

    Jemaah kita milik manusia. Ya! Maka sampai bila kita nak merungut2 bahawa itu dan ini salah jemaah. Mana himmah kita untuk mengubah keadaan sedia ada kpd yg lebih baik?
    Jom muhasabah!

    from: newbie yg tak pernah rasa usrah tu best sampai sekarang.

    -kembaraid.blogspot.com-

    Reply to this comment
  5. kid

    Oct 24. 2012

    jemaah ini tak sempurna kerana yg membinanya adalah manusia.tepat sekali.
    maka,kite perlu tnjukkan inisiatif kite dlm merevolusikn usrah! jgn biarkn tunjang tarbiah kite tu terus mencair dan menghasilkan produk yg cair.

    from: newbie yg tak pernah rse kemanisan usrah.

    kembaraid.blogspot.com

    Reply to this comment

Leave a Reply