Memaknai jalan dakwah ini

Kehidupan ini, terlalu banyak rencamnya.

 

Lagi lama kita hidup, lagi ramai orang kita temui, kita dapat melihat filem dan video kehidupan yang amat berbeza sekali.

Episodnya sering berubah-ubah, samada drastik mahupun perlahan-perlahan.

Samada kisah ceritanya seperti apa yang kita mahukan mahupun tidak.

 

DI sepanjang perjalanan dakwah ini, apa yang selalu saya cari dan inginkan adalah : kebahagiaan berada dalam lindungan Allah. Itulah dia kemanisan apabila berada di dalam tarbiyah.

BAhagianya sukar diungkapkan. Duka dan luka seakan sembuh apabila mendengar bait-bait hikmah diputarkan lewat bibir sang murabbi, akhirnya ia singgah di hati ini. Merawat luka dan membasuh duka.

 

Benarlah kata-kata Ibnu Jauzi rahimahullah:

 

‘ Ketika menuntut ilmu, segala penderitaan yang aku alami terasa lebih manis daripada madu’.

Begitulah aku belajar menghargai guruku setelah mengenali jalan dakwah ini. Pada mereka, aku curahkan rasa cinta dan sayangku padanya. KErana melalui perantara merekalah, aku merasai nikmatnya madu tarbiyah itu.

Namun, apa yang menjadi idola, apa yang diimpikan, tidak semestinya hadir pada permukaan kehidupan kita.

 

Seringkali apa yang kita cari, tidak ditemui.

Jika dapat bertemu sekalipun, hanyalah serpihan daripada apa yang kita mahukan.

Lantas kita sering menghadap dada facebook dan twitter yang menyebabkan kita sering termangu:

‘ apa yang membuatkan akh itu hebat ye?’

‘ Status dia selalu orang share. Aku tak tahu nak tulis apa sampai orang boleh manfaatkan status aku’

 

Ataupun sering kita melihat diri kita sendiri, alangkah jauhnyaaaaaaaaaa diri kita dari mencapai kehebatan orang lain yang seusia dengan kita tapi sudah jauhhhhhhhhhh berlari di jalan dakwah ini. Apatah lagi jika orang sebegitu pun lebih hebat dari sudut pencapaian duniawinya.

 

Dan kita terus mencari ‘rasa’ itu. ‘ Rasa’ yang telah hilang dari diri kita. Kita melihat ada tak manusia yang sudi mengisi, namun apa yang kita dapati jawapannya mengecewakan.

 

Apa yang mampu kita lakukan di tika ini?

Pada waktu dakwah menuntut kita untuk menjadi kuat, kita tahu betapa lemahnya kita..

Pada waktu mutarabbi kita mengharapkan siraman hidayah membasuh relung hati mereka,  kita tahu, betapa keringnya juga hati kita.

Pada waktu amal dakwah terlalu banyak perlu dilakukan, segala amal itu seolah menjadi rutin yang membekukan hati kita.

Dan akhirnya kita menemui jalan buntu.

 

Permasalahan ini berlaku di serata dunia dan tempat. Aku cuba mencari mana-mana kawasan di mana kegembiraan mewarnai seluruh juzuk ahlinya. kawasan yang merasai bahagia dan tenang dengan apa yang dimiliki oleh hati para rijal mereka. TErnyata, bilangannya sedikit cuma.

 

Rata-rata kita berada di dalam perjuangan untuk menjaga iman kita. A constant struggle.

Untuk memelihara momentum dakwah yang mampu sahaja surut dan menumbangkan kita.

Malah, kita sudah tidak rasa apa yang dahulu kita rasa.

Rasa kelestarian dalam dakwah.

 

Semanjak aku pulang ke Malaysia, Allah mengajarku banyak perkara

Allah melihatkan lanskap kehidupan manusia yang pelbagai rupa.

Termasuk para duat yang dahulunya amat hebat di medan dakwah ini.

Dan sungguh hati ini syahdu melihat mereka, dalam masa yang sama sering aku takuti akan hakikat masa depanku samada akan istiqamah ataupun tidak di jalan ini.

 

Entah kenapa, kehidupan di Malaysia ini, amat mencabar sekali.

Amat merbahaya juga.

Ini kerana, kita tak perasan bila kita futur.

Kita tak perasan iman kita sudah luntur.

Kita tak perasan yang diri kita sudah berubah, dan kita lupa keindahan rasa bersama ukhuwah dan tarbiyah.

Kita rasa ‘tak apa’, atas alasan pelbagai untuk membenarkan apa yang kita buat.

 

Murabbiku pernah mengajarkanku:

‘ Orang paling merbahaya dalam menuntut ilmu adalah orang yang di pertengahan ( antara alim dan jahil). Mereka yang tak habis belajar atau belajar separuh jalan. Mereka ini sering memutar belitkan ilmu mereka tahu utk kepentingan peribadi mereka.’

 

Inilah antaranya adalah kita yang berada dalam saff tarbiyah ini. Kita baru belajar sedikit, tapi kita sudah mampu mendabik dada menggunakan nas-nas yang kita pelajari utk menghalalkan apa yang nafsu kita mahukan.

 

‘ tak semestinya dengan usrah sahaja boleh masuk syurga. banyak cara lainkan?’

‘ hak keluarga dan kerjaya penting juga akh.’

‘ kalau gi kerja ngantuk dan tak bermaya, itukan bukan akhlak muslim. sebab itu ana terpaksa tidur awal and tak dapat datang ke meeting.’

Serta pelbagai lagi alasan kita pada manusia tapi sebenarnya kita telah tertipu dengan alasan tersebut, menyebabkan kita rasa ‘ok’ dengan diri kita.

Termasuklah merasai ok dengan kadar amal ibadah dan dakwah kita.

Hanya cukup sekadarnya.

Hanya cukup sekadar ada.

Hanya cukup mengisi ruang kosong masa kita.

 

Sedangkan begitu banyak lagi masa kita tak digunakan untuk membina diri mahupun orang lain.

DAn orang  begini hakikatnya satu masa dahulu pernah membentangkan SJ, SJ, ISK, dan semuanya itu. dan orang yang gagah mencari mad’u hingga ke hujung dunia.

 

Akhirnya… mereka bertemu dengan dunia realiti..

akhirnya.. ujian itu begitu berat untuk mereka tanggungi.

Dan akhirnya, mereka memilih jalan mereka sendiri.

 

Alangkah sedihnya..

 

And it is not easy at all.. untuk melalui kehidupan ini.. untuk terus istiqamah.

Ulama sendiri mengatakan:‘ manusia ini, walaupun dia baik, tapi dia tak berada dalam keadaan menuntut ilmu, dia pasti akan cenderung kepada maksiat. Kerana hakikat hati kita adalah begitu’.

 

Dahulu, saya amat struggle untuk mencari guru secara fizikal. Namun, Allah ilhamkan penggunaan teknologi yang amat cekap. Dalam masa yang sama, saya cuba untuk berguru dengan ramai orang walaupun orang itu sebaya dengan saya. Mendengar rekording dan membaca buku tanpa jemu. Itulah bekalan.

 

Seterusnya, waktu bercuti sekejap di Malaysia, akan saya manfaatkan bertemu mahaguru mahaguru dakwah. Di mana bertemu mereka selama sejam umpama menyedut bekalan selama 9 bulan di UK.

Dan alhamdulillah, di sepanjang perjalanan itu Allah mencampakkan banyak ilham dan kefahaman.

 

Buat adik2 yang amat kucintai yang masih belajar di luar negara,

Bumi malaysia adalah bumi yang amat berbeza dari bumi yang pernah kita kenali dahulu.

 

Ianya bumi kehidupan sebenar. Ia mempunyai hakikat perjuangan sebenar.

U will struggle in this battle. DEfinitely.

Kalau bukan dari keluarga, kerja, kalau bukan dari kerja, dakwah, kalau bukan dakwah, peribadi.

Period of adjustment adalah period paling mencabar.

DAn rata-rata antum adalah jurusan sains yang kerjanya amat mencabar di Malaysia.

And sadly, di Malaysia, tidak ada yang mengingatkan seperti kita di luar negara. Our family is not anymore our friends. It is our own family yang kita amat struggle utk bentuk bi’ahnya di rumah.

 

Maka kuatkanlah imanmu kepada Allah.

ikhlaskan niat kamu mengikuti jalan ini hanya kerana Dia. Bukan kerana ukhuwah. Bukan kerana takut ketinggalan.

Rasailah pergantunganmu hanya kepada Dia sahaja.

 

No matter how much you have others ( ikhwah dan akhwat) to help u, you actually have only Allah by your side.

Kehadiran mereka menceriakan hari -hari anda, tapi kekuatan anda, solely hanya datang dari Dia.

 

Ibnu Rejab pernah menyebut:

” BArangsiapa memelihara ketaatan kepada Allah di waktu mudah dan masa kuat, maka Allah akan memelihara kekuatannya di saat tua dan lemah. Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran, penglihatan dan kemampuan berfikir serta kekuatan akal.’.

 

Buat adik-adik yang baru aku kenali di Malaysia. Hakikatnya aku amat segan bertemumu kerana kamu hanya mengenaliku lewat tulisan ini dan aku tidak berpeluang untuk mengenali dirimu. Hakikatnya di bumi Malaysia ini, kamu perlu lebih strong and lebih agresif dalam mencapai gagasan dan cita-cita yang amat besar sekali. Kebanyakan kamu mengenali dakwah ini seawal usia universiti sedangkan umur dakwah di Malaysia lebih lama dari umurmu. Alangkah ruginya masa-masa yang berlalu tanpa kita mengenali dakwah.

Ilmu dan kemahuan yang kuat,

adalah rahsia izzah orang muslim

sekaligus kunci keberhasilan mereka mengungguli umat lain

- syair Md Ahmad Ismail al-Muqaddam

 

Jadilah orang berfikiran besar agar kamu tidak sibuk dengan perkara yang kecil

Berfikirlah siang dan malam bagaimana untuk menyelamatkan diri dan umat ini dari jahiliyah, agar waktu-waktu senggangmu tak dipenuhi dengan nilai yang kecil di sisi Allah dan manusia.

Gunakan waktu keemasan untuk menuntut ilmu secara berterusan tanpe henti. Dan di situ Allah akan temukan kamu dengan kemanisan.

 

Benar, hidup di malaysia amat hay-wire. Kita jadi hilang arah dan fokus. Terkadang, perlu lama tafakur sebelum mengorak langkah agar tak tersasar.

DAn di situ, kita hanya ada Allah sebagai tempat bergantung.

 

Adik-adik yang aku cintai kerana Allah,

tidak ada kepahitan yang lebih pahit dari melihat teman seperjuangan kita sudah memilih kehidupan yang berbeza dari kita.

tidak ada rasa hati yang menyedihkan selain dari ketika kita melihat mata mereka, kita rasa amat jauh, jauhhhhhh dari mereka…

tidak ada rasa terkilan yang lebih perit, melainkan apabila kita melihat gambar dan video yang ada wajah mereka di dalamnya, namun mereka tidak lagi semeja dengan kita di dalam daurah mahupun usrah.

 

Alangkah sedihnya perkara itu.

I dont know how to say this.

but u have to strong.

Very strong.

No matter what happens to you and your life.

no matter what.

Presevere. BErtahanlah.

Kehidupan ini  perit. tapi Allah pasti janjikan kebahagiaan di penghujung jalan ini… ,

 

Impian kita amat besar. Kita mahu menakluk dunia ini dengan Islam. Kita mahu junjung Islam ini agar berdiri memerintah negara kita.

Dengan itu, kita harus lepaskan kesenangan dan kerehatan kita, menuju perjuangan tanpa hentinya.

Kata Imam Ibnu Daqiq:

‘ Mahu tak mahu tubuh kita harus bersusah payah demi berkhidmat pada tugas dan kewajipan.’

 

Moga kita semua tetap istiqamah di atas jalan ini. Selamanya hingga ke syurga insyaallah

 

Ukhtikum fillah

Muharikah

Gombak

Comments

comments

2 Responses to “Memaknai jalan dakwah ini”

  1. ENCIK MUSAB

    Dec 30. 2012

    T_T
    Ya Allah, berilah kekuatan pada diri ini.

    Reply to this comment
  2. ENCIK MUSAB

    Dec 30. 2012

    ya ALLAH
    berilah kekuatan kepada diri ini

    Reply to this comment

Leave a Reply