Let me open a new leaf

Salam

 

ramai yang bertanya kenapa wordpress dah diprivatekan. Banyak entri2 lama yang mahu dibaca dan ditenung selalu. ( itulah, sapa suruh tak baca awal2 dulu! heheh)

 

And ramai suka baca di situ kerana ia banyak menyentuh tentang kehidupan peribadi saya sendiri.

 

Niat asalnya dijadikan muharikah.com ini supaya ada juga artikel2 bukan peribadi dapat dikongsikan di sini. Dari kecil lagi saya berharap adanya website seperti dakwatuna.com atau eramuslim.com sebagai sumber makanan para duat, seperti mana saya dahulu akan mengorek semua galian2 ilmu dari website2 berkenaan utk persiapan usrah saya.

Dahulu, adanya bahantarbiyah, adanya dakwah.info, milik seorang ikhwah, namun dia sendiri kekurangan kakitangan. Ada juga website malaysiaharmoni.com tetapi lebih berbentuk ilmiyah. tapi takde yang betul2 lagi website yang merangkumi seluruh aspek duat seperti mana yang kami impikan.

 

Lantas sewaktu saya HO di sana, saya dapat kumpulkan dalam 20 orang adik2 di beberapa buah negara. Ada yang saya temui sewaktu saya ziarah mereka di negara masing2. Ada yang saya cari dan kumpulkan menerusi blog-blog akhawat yang popular. Ada yang mengoffer diri.

 

Dan lahirlah muharikah.com. Dan kami aktif untuk beberapa lama, sehinggalah akhirnya yang komited hanyalah 5-6 orang sahaja. 3 antara mereka saya tawarkan untuk menjadi editor dan penulis majalah jom! dan selebihnya yang masih di luar negara saya offer untuk menjadi kolumnis tetap majalah jom!

 

Sehinggalah akhirnya hanya saya dan dua tiga akhawat sahaja yang sempat untuk mengupdate di muharikah.com. Impian yang ada dahulu tidak kesampaian . Sehinggalah baru-baru ini moderator dakwat.org menawarkan satu bentuk kerjasama yang saya sukar untuk tolak : bergabung ikhwah akhawat dalam pembikinan website.

Lantas saya rasa, wajarlah untuk adanya nama dan brand baru pada penjelmaan website dakwah seperti mana yang diimpikan satu masa dahulu. Oleh kerana muharikah sangat sinonim dengan nama saya, saya jadi amat keberatan apabila website yang dipenuhi oleh tulisan orang lain ini seolah-olah yang mendapat namanya adalah saya.

Maka, disebabkan itulah wajar bagi saya menutup wordpress yang lama, walaupun 6 tahun pengalaman saya terbuku di sana. Biarlah ia menjadi kenangan amat mahal bagi saya, kerana dari situlah banyak yang saya belajar dari dunia dakwah ini. Dan apa yang berlaku di masa lalu adalah pengajaran yang amat bermakna bagi saya.

 

And I guess, tahun baru 2013 ini adalah tahun yang bermakna untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan saya. Untuk menghirup nafas yang lebih segar. Untuk berkarya dengan sentuhan yang lebih baru. Apa yang telah berlaku biarlah menjadi satu memoar yang indah. Dan saya berharap saya akan mampu menyumbang lebih banyak untuk dakwah setelah ini.

 

Nantikan kemunculan website yang baru nanti. iAllah. Doakan selalu.

 

Dan maafkan saya jika saya terpaksa juga menutup wordpress yang begitu istimewa di hati saya itu. Sobs.

 

Ukhtikum

muharikah

Comments

comments

4 Responses to “Let me open a new leaf”

  1. gadiskokot

    Dec 08. 2012

    okay.. baru faham kenapa :)
    moga Allah redho, kak! <3

    Reply to this comment
  2. Ir Jinggo

    Dec 21. 2012

    Website baru kerjasama ikhwah dan akhwat? hmm.. waiting.

    Reply to this comment
  3. aku-bukan-robot

    Jan 02. 2013

    (= hurm. no wonder lah cari wordpress dah takde.ngee~ nak bertanya, tapi tak tertanya. fuhh.
    moga usaha akak dan yang lain2 Allah pandang. moga Allah redha. (=

    Reply to this comment
  4. Hayaa'

    Mar 02. 2013

    ini pertama kali saya menjejakkan mata di wordpress ini.
    serious.
    terus jatuh hati. ntah apa yang menyentuh hati
    padahal baru lihat2 wallpapers…

    mungkin melalui penulisannya,
    saya dapat rasa penulis sama spesis dengan saya i.e. kaum ukhti-ukhti^^

    masyaAllah

    Reply to this comment

Leave a Reply