kerana cinta ini
Butiran air mata satu persatu jatuh ke atas pipinya. Cinta Allah yang cukup mengegetarkan setiap urat nadi tubuh itu.
Terasa kedekatan hatinya dengan Allah rabbul jalil. Ya Allah, betapa Engkau sahaja yang memegang hati-hati ini.
Satu persatu peringatan – peringatan yang membuatkan jiwa itu seolah-olah dipandu ke satu cahaya lurus yang membawanya berjumpa dengan pemilik alam maya ini.
Terasa betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah subhanaAllah wa ta’ala. Tak terbanding betapa besar pandangan Allah terhadap dirinya. Peringatan demi peringatan singgah di hatinya membuatkan hatinya sentiasa berwaspada dalam setiap gerak geri.
Sebagaimana da’wah itu perlu dibumikan, datangnya dari langit dan perlu juga kembali kepada pencipta langit. TaqdirNya yang telah ditetapkan oleh Allah untuk tersentuh dengan percikan hidayah, iman dan taqwa, apatah lagi memahami tanggungjawab mengembalikan manusia tunduk kepada Allah.
Terlalu banyak tarbiyyah berharga yang memaknai setiap hembusan nafas kita.
Betapa saat ini jiwa itu memahami bahawa tolakan iman dan bekalan taqwa itulah antara sebab hatinya mampu untuk terus tegar, thabat dan istiqamah dalam jalan da’wah ini yang memang tidak pernah sunyi dengan ujian.
Oh, Allah ini sangat ‘sweet’.
Saat hati itu bermuhasabah, terngiang-ngiang kembali peringatan yang cukup membasahkan jiwanya dengan curahan iman dan taqwa. Dalam kita membawa manusia kembali kepada Allah, takut – takut kita melupakan diri sendiri. Allah, astagfirullahal azim. Bergetar – getar urat saraf tubuh itu saat mendengar peringatan ini. Muhasabah kembali setiap a’mal – a’mal yang cuba kita persembahkan kepada pencipta kita.
Allah, moga tidak ada satu saat pun dalam hidup kami terlepas dari pandanganMu. Kami hambaMu yang lemah.
Moga kita terus thabat dalam jalanNya. Jalan menuju syurga.
Faqir ilaAllah,
Canterbury, United Kingdom.







Recent Comments