Kata-kata yang ikhlas akan sampai kepada jiwa yang ikhlas.

Pernahkah kita terfikir, mengapa sesuatu yang kita kata atau tulis seolah-olah tidak memberi kesan kepada orang yang mendengar atau membacanya?

Pernahkah kita terfikir, betapa banyak masa dan tenaga yang kita habiskan hanya untuk memberi rasa ‘sedar’ kepada manusia yang kita sedang dakwahkan, tetapi kesannya tidak ada?

Sehinggakan akhirnya, kita mencipta pelbagai formula malah berusaha untuk mencantikkan gaya bahasa dan mewujudkan suasana kelakar, hanya supaya manusia terkesan dan berubah hasil dari dakwah kita. Mengapa ianya berlaku? Sedangkan kita sendiri begitu mudah terkesan dengan beberapa patah kata mahupun sebuah penulisan yang ringkas,yang pada hakikatnya sarat dengan makna. Malahan, kita juga merasa hidup dana segar apabila mendengar kata-kata mereka.

Salah satu faktornya adalah mungkin kerana mereka ini tergolong dikalangan orang sebegini:

Mereka menginginkan wajah (redha) Allah semata-mata . (Ar-Rum : 38)

Mereka itulah orang yang benar-benar tulus dan ikhlas kepada Allah. Mereka memberi tanpa menginginkan balasan. Memberi hanya untuk mendapat redha Tuhannya, malah menjadikan ramai manusia tunduk dan patuh hanya kepada Rabb yang dicintainya. Bukan untuk dipuji, bukan pula untuk meramaikan pengikut, atau meramaikan orang like dan share status best di Facebook.

Kecintaan mereka kepada Allah menjadikan mereka sentiasa bergerak dan menyampaikan Islam yang telah berakar umbi di dalam hati mereka. Kerana itulah, mereka mampu memberikan kesan kepada ummah. Walaupun hanya pada sepotong ayat yang ringkas dan padat.

Lihat sahaja pada Rasulullah S.A.W dan Imam Hassan Al-Banna, bukankah kata-kata/tulisan mereka terus memberi menghunjam ke dalam hati lantas menimbulkan suatu kefahaman tanpa perlunya kepada huraian yang panjang lebar?

Pesan Yahya bin Muaz kepada kita: Sebaik-baik perkara adalah perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, melalui ungkapan lidah seorang yang peramah dan berbudi.

 

“Ikhlas itu ibarat semut hitam yang merayap di atas batu hitam pada malam yang gelap”

-Koleksi artikel muharikah.com-

Comments

comments

3 Responses to “Kata-kata yang ikhlas akan sampai kepada jiwa yang ikhlas.”

  1. Mawar putih

    Jul 17. 2012

    Subhanallah.. *Terasa!
    Setuju apa yang diulahkan. Moga kita tergolong orang yang mampu menyampaikan dari hati ke hati. Direct. Hanya kerana Allah.

    Reply to this comment
  2. SignOfGod

    Jul 22. 2012

    Jzkk. keikhlasan mmg perlu dipupuk.. bukan sekadar pemaksaan utk terus ikhlas & ikhlas.. tetapi memerlukan dalamnya ma’rifah, sehingga hati benar2 beriman & jelas bahawa segalanya dari Allah. Manusia hakikatnya tiada apa.

    p/s biasa dgr ungkapan “riak” ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yg gelap. Tp yg diberi atas tu “ikhlas” eh?

    Reply to this comment
  3. mawar

    Aug 07. 2012

    klo mcm yg saye pnh dgr ‘ikhlas” itu ibarat semut hitam diatas batu hitam pd malam yg gelap…ke silap.. :)

    Reply to this comment

Leave a Reply