Jika aku memegang tanganmu, sudikah dirimu kembali semula?

Setiap kali aku melihat dirimu penuh minat. Hanya satu yang sering berada di benakku, ‘ Aku mahu kau bersama dakwah ini.’

 

Hanya aku kelu dalam menitipkan bait kata itu.

 

 

Dunia pekerjaan begitu berbeza dengan dunia pelajar. Di dunia universiti, rasa rendah diri dan tidak ada apa-apa sangat membantu dalam terbukanya hati seseorang pada hidayah.

 

Dunia pekerjaan…..

 

Bukanlah kerana bertukarnya title di hadapan nama, tetapi..

 

Kekangan masa, kekangan tanggungjawap dan pekerjaan yang mengalpakan kita pada dua kalimah amat besar sekali ; ibadah dan khalifah.

 

Terkadang, kita sendiri cuba menutup kesilapan niat dengan mengatakan ;’ aku mencari rezeki untuk keluarga aku.’

 

‘ Allah kan suka orang Islam kaya,’

 

‘ bukankah orang Islam kena berjaya dan berdikari.’

 

Dan pelbagai lagi kata-kata indah yang menghalalkan perjalanan yang kita lalui walaupun niat dan perasaan kita jauh dari rasa ubudiyah dan penghambaan pada Allah.

 

Jadilah diri kita lebih jauh dari Allah ketika bekerja. Walaupun kita selalu katakan pada diri kita, kerja aku ini ibadah ini.

 

Tapi jiwa kita kosong. Matlamat kita jadi simpang siur.

 

Dan apabila diminta untuk mengorbankan masa untuk Allah, kita mencipta pelbagai alasan logik akal.

 

Anaklah

Kerjalah

Mertualah

Ibubapalah.

 

Semuanya itu pasti memenangkan kita di sisi manusia. Tapi tidak di sisi Allah.

 

Selamanya kita akan tertipu selagi mana kita tak kembali pada jalan asal, tempat kita bertmeu dengan hidayah penuh makna.

 

Itulah dia dakwah.

 

Jalan yang mengikatkan kita semula pada Allah.

 

Jalan yang menjadikan semua perkara make sense.Menjadikan alam pekerjaan kita ada tujuan.

Menjadikan diri kita bermatlamat dan sentiasa merasai cahaya Allah menyuluhi jalan ini penuh terang berderang sekali.

 

Kita akan rasai kenikmatan jalan ini. Apabila berpaut pada sebuah rasa bernama ukhuwah. Kita measai keterikatannya. Di situ kita mengecap sebuah kemanisan.

 

 

Ya, dunia ini penuh dengan hambatan dan ujian.

Semua manusia melaluinya.

Yang lemah, akan tersangkut dan akhirnya yang berputus asa kembali pada jalan asal jahiliyah ( wal iyazubillah!)

 

Yang kuat dan sedar, kembali berpaut pada Allah, dan berpegang pada tali dakwah dan tarbiyah.

 

 

Kerana itu, selamanya kita tak boleh berpisah dari tali ini. Walau apapun.

 

Kerana ,  luar biasanya kita adalah kerana dakwah dan islam.

 

Hebatnya kita adalah kerana Islam yang ada dalam jiwa kita dan kita hidup dengan rasa asyik dan manisnya iman di dada.

 

Rasa itulah yang menolak seluruh jentera anggota kita untuk berterusan dalam beramal. Menolak hati dan fizikal kita yang penat dengan pekerjaan dan keluarga untuk berkarya dan mencari jalan memancarkan hidayah islam kepada manusia lain.

 

 

Rasa itulah yang menolak rasa down kita dan menjadikan kita bangkit semula.

 

Walau ujian melanda kita saban waktu

Tidak cukupnya wang, tidak cukupnya masa, banyak tanggungan,semuanya dimudahkan Allah, hanya kerana kita yakin bahawa, Allah akan bantu kita jika kita membantu Dia.

 

tatkala aku melihat wajahmu, aku ingin memegang jemarimu agar kita kembali bersama di jalan ini. Aku mahu kecapi semula manisnya jalan ini bersamamu, agar kita dapat bersama di syurga nanti.

 

Aku mahu kau rasai kepuasannya berada di atas jalan ini. Jalan cinta para mujahid, di mana akan kau teguk rasa penuh dan keseronokan luar biasa.

 

Akhirnya kamu akan nampak jalan di setiap permasalahan dirimu.

 

Kerana dirimu, terlalu hebat buat diriku.

 

Andainya potensimu itu terkubur, alangkah sayangnya.

Alangkah ruginya dirimu yang Allah ciptakan penuh kelebihan itu tidak digunakan untuk Islam, apatah lagi jika tak digunakan memberi manfaat buat manusia.

 

 

Kerana dirimu. Terlalu berharga buat umat ini.

Terlalu berharga!

 

Jangan sia-siakan ia pada sebuah kehidupan bernama dunia. Jangan sempitkan jiwa dan rasamu sehingga kamu rasa kamu tidak layak. Sedangkan dirimu mampu mencapai langit dan mampu mengutip bintang-bintang di atas sana untuk menjadi obor kepada umat ini.

 

 

Andainya aku dapat menarikmu kembali, sudikah kau bersamaku semula?

Comments

comments

No comments.

Leave a Reply