Hooke’s Law

Amaran: Mengandungi bahasa engineering dan yang sewaktu dengannya.

Dalam subjek Fizik yang kita pelajari di sekolah dan kolej, Hooke’s Law paling popular disebut bersama-sama spring. Dan banyak eksperimen yang telah kita buat menggunakan spring sejak tingkatan empat lagi untuk  mengesahkan hukum tersebut:

F = -kx

F merujuk kepada ‘daya’ yang dikenakan ke atas spring, x adalah ‘displacement’ atau perubahan panjang spring selepas dikenakan daya tadi manakala k adalah ‘spring constant’ yang nilainya berbeza-beza mengikut jenis spring. Berdasarkan Hooke’s law equation tadi, spring yang memiliki nilai k yang lebih tinggi lebih sukar diregangkan walaupun kesemua spring dikenakan daya yang sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah. Spring yang berada di kanan gambar mempunyai nilai k yang tertinggi.

*(m = mass)

Kita juga pernah melakukan eksperimen dan membuat pengiraan untuk spring dalam susunan in series (bersiri) dan in parallel (selari). Cara pengiraan ‘equivalent k’ (k bersamaan) bagi kesemua spring adalah berbeza bagi kedua-dua situasi.

 

In Parallel

In Series
                                                              In Parallel                                                                         In Series

Apabila membandingkan kekuatan antara dua jenis susunan ini, kita mendapati bahawa susunan in parallel adalah susunan yang terbaik dan terkukuh; kerana nilai ‘equivalent k’ bagi susunan in parallel adalah lebih besar daripada susunan in series. Dan disebabkan ketahanan tinggi susunan in parallel ini, nilai displacement x untuk susunan in parallel adalah rendah berbanding in series. Ternyata springs in parallel sukar diregangkan.

 

Anda boleh menggunakan contoh dengan meletakkan nilai k1 = 1 dan k2 = 10. Anda akan mendapati k bersamaan untuk susunan in parallel adalah 11, dan 0.9 untuk susunan in series. Dan jika anda menambah jarak nilai antara k1 dan k2 seperti nilai ’1 & 100′, kemudian ’1 & 1000′, dan ’1 & 10000′ maka anda akan mendapati ‘kompilasi’ k untuk susunan in parallel semakin kuat berkali-kali ganda berbanding kompilasi susunan bersiri.

 

Semakin besar nilai perbezaan, susunan in parallel semakin kuat.

 

Amal jama’i
Dan begitulah kekuatan kita jika kita bersatu-padu dan tolong menolong dalam menampung bebanan kerja. Dalam metod team work, setiap ahli saling menyokong di antara satu sama lain. Yang kuat dengan nilai ‘constant’ yang tinggi tidak akan duduk berehat dan melihat si lemah merana dengan bebanannya. Kalau diasak dan diuji, kita akan saling bertahan dan menyokong sehingga ‘displacement’ kita bergerak dalam satu saff.
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa..” (al-Maidah: 2)
Dan para da’i yang bekerja secara team work ini adalah mereka yang berdikari demi kemuntijan dalam kerja dakwah. Mereka tidak bergantung di antara satu sama lain dalam susunan ‘series’, tetapi mereka bergantung pada base, asas utama yang paling kukuh iaitu Allah s.w.t. Pergantungan dalam ‘series’ hanya akan mengundang kerosakan yang berlaku bertali arus lalu memutuskan ikatan ‘spring’ yang lain. Disebabkan spring lemah yang seronok sendiri berjuang berseorangan, ia tidak tahu lemahnya ia akan melemahkan lagi elemen spring di bawahnya dalam sistem ini.

 

 

Kita tidak mahu menjadi orang kuat yang berjuang sendiri-sendiri. Merujuk kepada equation k1x1 = k2x2 di atas, untuk orang yang berjuang secara bersendirian dalam ‘series’, spring yang ‘kuat’ akan mengalami kesakitan ‘displacement’ yang sedikit sahaja tetapi spring yang ‘lemah’ meregang dengan seksanya dalam suatu ‘mass’ yang sama.

Yang kuat ini mungkin tidak perasan kewujudan spring lain dalam sistem gerak kerja mereka itu. Hanya apabila spring lemah mencapai ‘yield strength’ dan menghampiri fracture, pada ketika itu barulah spring kuat akan merasai dekatnya ia kepada azab runtuhnya kerja dakwah kerana terputusnya semua spring dari segala ‘force’. Statik. Spring yang tidak berguna.

 

Lalu, ayuhlah kita menjadi elemen-elemen yang taawun ‘ala birri wattaqwa. Kuatnya diri kita adalah kuat untuk amal jama’i, bukannya kuat seorang selebriti.

 

Comments

comments


No comments.

Leave a Reply