Gadh-dhul bashar
Bismillahirrahmanirrahim
Bak kata Bruno Mars :
“her eyes, her eyes, make the stars look like they’re not shining”
R Azmi pula kata :
“dari kerana mata, yang mempunyai kuasa..oo aku tergoda, aku tergoda terkecewa…”
Awang Spanar pula kata :
“mata bertentang, kasihku mula mendatang, siang dan malam rasa terbayang..”
Haa..betul kan? Ungkapan “dari mata turun ke hati” memang cukup terkena dalam kalangan masyarakat Melayu kita. Malah, teori “cinta pandang pertama” juga merupakan salah satu daripada berjuta teori yang membicarakan bagaimana bermulanya episod cinta si teruna dan dara, yang ternyata bermula daripada pandangan sepasang mata.
Mari kita lihat apa pula kata Al-Khalik tentang isu ini:
“Dan katakanlan kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya:Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesunggunya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita beriman : “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”
(An-Nur: 24:30-31)
Hadis Rasulullah saw pula berbunyi:
“Dari Jarir bin Abdillah ra berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang pandangan tiba-tiba (tanpa sengaja), lalu beliau memerintahkanku untuk memalingkannya
(HR Muslim)
“Wahai Ali, jangan kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, kerana yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak”
(HR Tirmidzi dan Abu Dawud dan dihasankan oleh Al-Bani)
“Dua mata itu berzina, dan zinanya adalah memandang”
(Muttafaq a’laih)
Haa..maka tidak disangkal lagi, sangat benarlah pepatah Melayu yang mengatakan “dari mata turun ke hati” itu! Sebab itulah Allah memerintahkan sekalian manusia; lelaki dan perempuan agar menjaga pandangannya!
Dalam surah An-Nur di atas, ulama’ tafsir menyebutkan kata “min” pada “min absharihim” bermaksud sebahagian. Ini bermakna yang diharamkan adalah pandangan yang disengajakan, bertujuan menurut keinginan yang kuat untuk menjamu mata dengan keelokkan rupa paras lelaki/wanita bukan mahram. Cuci matalah kata orang. Pandangan yang tidak disengajakan adalah tidak diharamkan.
Gadh-dhul bashar bererti menahan, mengurangi atau menundukkan pandangan. Yakni, membatasi. Dalam kata lainnya ialah berpada-padalah!. Bukan bermaksud kita kalau nak berjalan kena tengok tanah sepanjang masa, bahaya juga kalau terlanggar segala benda, susah pula.
Kata orang putih, eye contact itu penting dalam komunikasi. Body language. To please the other party making them confortable, concerned and appreciated. Memang betullah bahawa eye contact mampu menerbitkan perasaan-perasaan seperti itu. Yang mengundang lebih banyak mara bahaya! PLEASED, COMFORTABLE, CONCERNED and APPRECIATED. Kalau sesama perempuan atau sesama lelaki, baguslah untuk mengeratkan ukhuwah sesama manusia, itu kan saranan Islam, seperti yang dikatakan oleh Rasulullah saw:
“Tidak beriman seorang itu sebelum dia mencintai sahabatnya lebih dari dia mencintai dirinya sendiri”
Malah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 Allah berfirman :
“Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara..”
Tapi kalau yang PLEASED, COMFORTABLE, CONCERNED dan APPRECIATED itu yang berlainan jantina, yang bukan mahram, parah jadinya! Itu yang jadi tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, dan mulalah mencari-cari profile di FB.
Alamak! Sudah jauh rupanya saya menyimpang, maaf! Nak katanya, keberkesanan eye contact semasa berkomunikasi itu memang betul, dan memang patut diamalkan dalam berukhuwah. Tapi, silap besarlah sekiranya sebagai seorang muslim, kita aplikasikan apabila hendak berkomunikasi dengan mereka yang berlainan jantina dengan kita.
Bukannya nak sombong ye. Eh! kejap! memang nak sombong pun! Sombong akhawat dan ikhwah ini sombong yang betul. “Sombong” kerana Allah. Sombong yang sepatutnya tidak disalah tafsirkan kalau benar dia seorang ikhwah/akhawat yang faham.
Kenapa kena sampai macam tu sekali?
Jawapannya senang sahaja. Kerana “dari mata jatuh ke hati”
Nanti dah asyik menatap berkali-kali, mulalah teringat-ingat.
“dia tu tembam, tapi bila tengok-tengok, comel juga sebenarnya, especially bula dia senyum.”
“dia tu gelap sikit, tapi ada jugak manisnya. suka tengok hidung dia”
“nampak macam garang..tapi sweet bula gelabah-gelabah macam tadi”
Dush! Dush!
Syaitonirrojim memang hebat! Ada je cara dia nak selit-selit zina itu ke dalam hati anak Adam. Dan kita manusia ini, sangatlah lemah.
“eh, ana yakin tak..ana boleh kawal..”
Ah! Sudahlah wahai ikhwah dan akhawat. Jangan berlagak tahu. Jangan ingat kamu berkopiah/bertudung labuh, kamu “selamat” untuk melingaskan pandangan mata. Allah yang ciptakan kita. DIa tahu apa yang elok dan tidak elok untuk kita. Kalau Dia kata jauh tu, jauhlah! Inikan pula kalau Dia kata hentikan, hentikanlah!
Allah tidak menurunkan penyelesaian kepada sesuatu masalah secara tiba-tiba, kalau tidak kerana Dia tahu masalah akan timbul.
Maka masalah kepada zina hati adalah pandangan mata. Maka penyelesaiannya? Gadh-dhul bashar!
Jadi para ihkwah, tak perlulah nak berkecil hati sangat kalau akhawat lalu depan kalian tapi tak pandang langsung macam tak pernah kenal. Padahal bila ada kerja-kerja berat yang tak mampu akhawat itu laksanakan, kalian jugak yang mereka cari kan?
Akhawat pulak, tak perlu lah nak terasa sangat kalau ketika berurusan dengan ikhwah, dah la tanya sepatah jawab sepatah, pandang pun tidak.
Sedarilah sebenarnya ikhwah/akhawat itu sedang menyahut kata-kata Allah supaya menahan pandangan mereka. ‘Sombong’ yang dituntut oleh syarak, demi menjaga kesucian hati mereka dan kalian sendiri juga.
Tolong menolong amalan mulia,barulah namanya berukhuwah kerana Allah, yakni tolong menolong semasa di dunia agar dapat bersama ke jannah kelak.
Begitu juga apabila akhawat balas mesej ikhwah pendek je, tiada langsung emoticon bagai. Itu pun sebenarnya dah untung dah, kalau lagi best, tidak di balas langsung.
Akhawat pun sama, kalau ikhwah tak approve kat FB ke, faham-faham la. Mungkin bagi antunna, itu tidak mendatangkan masalah. FB je kot. Tapi mungkin ikhwah itu pernah ada sejarah jahiliah dekat FB ni, jadi dia tak mahu berkawan (baca : friend) dengan perempuan lagi.
Jangan risau, kalau betul-betul ada urusan, ikhwah dan akhawat itu ada je kat situ. Tak ada la sampai tak nak berhubung langsung untuk hal penting. Tak dinafikan, ada saja segelintir ikhwah/akhawat yang macam tu. Jadi, tepuk dada tanya iman dan rasionaliti anda.
Jadi ayuh, tundukkan pandangan. Saya pun belumlah sempurna lagi menjaga pandangan, but hey, it takes two to tango. Let’s hit the dance floor. Kalau saya tertengok awak, awak jangan lah tengok saya balik.
Esok lepas nikah, tengok la puas-puas..nak buat wallpaper phone, wallpaper laptop, buat profile picture besar-besar pun buat lah. Dah halal ni tak ada siapa nak marah. Malah berbuah pahala lagi tu. Insyaallah.
Berusahalah menjadi ikhwah dan akhawat yang benar-benar FAHAM dan saling MEMAHAMI.










Eirfan
Jun 13. 2012
Ramai orang yang salah faham, sangkanya menjaga pandangan tu maknanya tak pandang aurat sahaja, sedangkan menjaga pandangan tu jauh daripada itu.
Ada hadis yang menyebut bagaimana Abdullah Bin Ummi Maktum datang ke rumah baginda SAW, lalu Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri baginda untuk menyelindungkan diri mereka darinya. Hadis dari Ibnu Abbas tersebut menceritakan, Ummu Salamah dan Maimunah sedang bersama Nabi SAW, tiba-tiba lbnu Ummi Maktum masuk. Peristiwa itu terjadi setelah hijab diturunkan. Nabi SAW berkata kepada istri-istrinya, “Selindungilah diri kalian darinya.” lstrinya bertanya, “Ya Rasulullah SAW, bukankah dia buta?” Beliau SAW menjawab, “Apakah kalian juga buta? Tidakkah kalian melihatnya?”
Kita boleh ambil kesimpulan dari hadis ini:
1) Kalaulah wanita pun Rasulullah suruh jaga pandangan sebegini, lelaki apatah lagi?
2) Tak kanlah Abdullah Bin Ummu Maktum ni tak menutup aurat? Tapi Rasulullah tetap menyuruh isteri baginda supaya tidak melihat beliau sewenang-wenangnya.
3) Kalaulah alasan mampu menjaga hati bererti kita boleh bertentang mata berlainan jantina dll, isteri Rasulullah SAW bukan calang-calang wanita. Patilah iman mereka jauh lebih hebat daripada kita, tetapi baginda tetap MENGARAHKAN mereka untuk menyelindungkan diri mereka darinya. Mengarahkan, bererti, arahan, dan bukan sekadar permintaan yang, buat tak apa, tak buat pun tak apa.
Wallahu a’lam.