DLWC, PAK CIK LIN DAN KITA

 

Belum ada lagi dalam sejarah, dalam lipatan sirah ketamadunan manusia dan susur galur raja-raja Melayu, seorang pahlawan yang kemenangannya dalam pertarungan dijanjikan dengan jongkong emas bernilai 2 JUTA. Bukan itu sahaja, seluruh rakyatnya pula diraikan dengan jamuan ais krim paling ‘diraja’ Baskin Robin dan Kayu Nasi Kandar ternama dengan percuma.

Semalam, barangkali tok imam akan menjawat dua jawatan tanpa pintanya. Imam sekaligus makmum kerana aroma ais krim Baskin Robin yang menggebu itu sudah mengecurkan lidah para makmun setianya sebelum ini. Inilah penangan DLCW yang tidak pernah diraih oleh Barack Obama, Tony Blaire dan Ariel Sharon saat memenangi pilihan raya.

Saya, kami satu keluarga adalah peminat badminton tegar. Jika menonton perlawanan badminton, dengan tanpa sedar tangan kalut menangkis bola daripada Pak Cik Lin Dan. Astro B.yond benar-benar menjadikan kami seorang Lee Chong Wei!

DI SEBALIK BADMINTON

Ia berbeza. Bukan seperti sukan-sukan yang lain di mana mata permainan adalah pada sumbatan jaring. Jika tiada jaringan, tiadalah mata. Namun sukan badminton, matanya itu ditentukan oleh kesalahan lawan. Walalaupun si pemenang tidak melakukan atau tidak sempat melakukan apa-apa ‘score’. Lihatlah, hanya kerana si A serve bulu tangkis lalu tersangkut di jaring, mata si B akan terus naik. Lihat juga, jika si A lagi serve lagi sampai jatuh bulu tangkis di luar garisan, mata si B naik lagi satu. Sedangkan si B hanya baru bergerak dua inci dari tempatnya berdiri. Tetapi atas kesalahan si A, matanya terus meningkat.

Lihat sahaja permainan DLCW dan Pak Cik Lin Dan, mujur tidak kena serangan jantung apabila melihat bulu tangkis tersangkut di jaring. Mujur tidak kena stroke saat melihat bulu tangkis sipi-sipi sahaja jatuh dalam garisan, walaupun sudah nanometer terkena garisan. Tetapi, kesalahan itulah mata-mata kemenangan bagi Pak Cik Lin Dan yang akhirnya berlari satu stadium mencium medal emas di hadapan penyokong mata sepetnya itu. Juara atas kesalahan lawan.

BADMINTON DAN HIDUP KITA

Ada hikmah di sebalik sukan ini dari sudut baik dan buruknya. Berapa ramai yang kita temukan, orang yang berjaya atas kesilapan orang lain. Saat melihat kesilapan dilakukan pesaingnya atau seseorang yang tidak disukainya, di situlah peluang untuk menginjaknya jatuh. Demi mengangkat dirinya yang kononnya lebih bagus daripada orang lain. Sedangkan dia tidak melakukan apa-apa, tiada pun rekod pencapaian untuk dibanggakan. Tetapi manusia jenis ini lebih suka hidup bahagia atas penderitaan orang lain. Lagi banyak kesilapan yang orang lain lakukan, lalu dikumpulkan dan diadu domba bagi menjatuhkan seseorang sehingga ‘muflis’ hidupnya. Atau nama yang lebih kurang ajar- Dengki-Busuk Hati-

Maka, jangan kita jadi seperti ini. Itu baru satu pengajaran untuk kita muhasabah.

Kedua, hukum alam adalah seperti badminton. Kita tidak punya banyak masa untuk membuat banyak kesalahan. Kerana kesalahan itu menutup peluang untuk berjaya. Kadang-kadang, kita melihat orang lain lebih bernasib baik bukan kerana kepandaiannya, tetapi kerana dia menumpang atas kebodohan atau kelalaian kita. Contohnya, dalam sesi temuduga untuk satu jawatan. Barangkali temuduga kita tidak berjaya oleh kerana kesalahan kita yang lewat hadir, tidak yakin menjawab soalan, dan tidak cukup keterampilan akibat cincainya kita. Sedangkan, calon yang berjaya dalam temuduga itu juga bukan sebaik yang diinginkan syarikat tetapi syarikat tiada pilihan kerana calon itu tidak melakukan kesalahan seperti kita.

Semak kembali, kegagalan demi kegagalan yang kita sudah lalui dalam lebuh kehidupan. Pasti kita akan mengangguk-angguk bersetuju bahawa banyak sekali kesilapan yang berulang mendahului kegagalan itu. Sehingga kita masih di takuk lama, ibarat air yang hanya bertakung di hulu sungai lalu membusuk dihuni keladak.

DI JALAN CINTA PARA PEJUANG

Kita bukanlah manusia yang suka bahagia atas derita orang lain. Mengintip kesalahan-kesalahan orang lain lalu mengangkat diri kita sahajalah yang baik. Dan, kita tidak mahu juga melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga banyak sekali peluang untuk menang menjadi milik orang lain. Di jalan cinta para pejuang, perbanyakkanlah tafakkur dalam setiap apa yang kita lakukan. Pada mata yang memandang, pada lidah yang bersorak dan pada hati yang girang, ada hikmah yang terbuku yang perlu kita tekuni sebagai nilai dalam kehidupan. Sunnguhpun ia adalah sebuah permainan Badminton.

 

Comments

comments

8 Responses to “DLWC, PAK CIK LIN DAN KITA”

  1. Abe Kit

    Aug 09. 2012

    Ohohoho.. Saya dengan ini kurang bersetuju dengan kata-kata “juara atas kesalahan lawan”. Kerana bukan itu sebab semata-mata beliau (atau sesiapa pun) menang. Tetapi kerana beliau (atau sesiapa pun) lebih baik, kurang membuat salah, sedar lawannya membuat salah dan beliau lebih layak untuk menang.

    Yang lebih membuat salah pun menang juga.. Menang-gung kekalahan. Wkeke. Sekadar pandangan.

    Reply to this comment
  2. shafiq

    Aug 09. 2012

    wah…
    betul2 bermakna…
    bnyk boleh dijadikan pengajaran..

    Reply to this comment
  3. zu

    Aug 11. 2012

    sangat benar,

    Reply to this comment
  4. min

    Aug 11. 2012

    ~terhantuk

    Reply to this comment
  5. min

    Aug 11. 2012

    Salam, nak tanya
    kak Aisyah dah xde post ape2 ke?

    Reply to this comment
  6. cikprada

    Aug 13. 2012

    subhanallah! Post yang cukup terkesan. Saya juga peminat badminton dan tenis. Dan ini ibrah dan tarbiyah utk kita, di jalan cinta buat para pejuang.

    Reply to this comment
  7. bro ninja

    Aug 14. 2012

    suka betul dgn frase ‘Kerana kesalahan itu menutup peluang untuk berjaya.’ Rasanya ni boleh juga tadabbur ayat 69:48 kisah Nabi Yunus ditegur kerana marah dgn kaumnya. Bukan cara yg betul dlm berdakwah. Moralnya,cuba sedaya utk melakukan yg betul(cara) sejak dari permulaan langkah lagi.

    Reply to this comment

Leave a Reply