Di Malaysia- kunci untuk istiqamah

Mak saya selalu sebut bila saya balik Malaysia..

 

‘Ingat Malaysia ini macam kat UK ke semua benda cepat je dan senang je nak pergi?’

 

Bila dah rasa suasana kat Malaysia, memang cuaca, udara dan masa atas jalan, amat memakan tenaga dan juga masa yang ada.

 

Semua tempat jauh dan sangat ambil masa untuk pergi. minyak pula tu mahal!

 

Begitulah baru kami fahami, mengapa ramai antara graduan yang mengikuti usrah di luar negara, tak boleh nak seimbangkan antara kerja, kehidupan peribadi dan dakwah.

 

Hanya kerana, kehidupan peribadi dan kerja sangat memakan masa dan tenaga!

 

Sebab itulah, saya rasa, antara kunci untuk berterusan di jalan dakwah ini adalah:

 

1) Kita memerlukan TENAGA untuk terus bergerak dan beramal

 

- peliharalah tenaga ini. Sungguh 24 jam memang tak cukup untuk kerja, spend masa dengn keluarga dan apatah lagi dakwah yang super duper tak pernah2 surut dan habis

- tenaga fizikal datang dari tenaga yang hadir dari dalam jiwa. tenaga ruh akan melahirkan tenaga luar biasa pada fizikal walaupun seharian bekerja di ofis

- bayangkan kalau seorang doktor yang bekerja 36 jam tak henti, kemudian perlu pula hadir ke usrah atau beramal untuk keluarganya, mana dia mampu dapatkan tenaganya? TEntunya dari Allah kan?

- dapatkan tenaga itu dengan:

a) berqiyam

b) beristighfar

c) membaca quran

d) menambah iman

e) memakan makanan seimbang dan sihat

f) senaman 3 kali seminggu

g) makan habbatus sauda ataupun multivitamin

h) mengelakkan stress dalam kehidupan

i) buang pemikiran negatif yang akan menyerap tenaga dan emosi positif kita. Sentiasa ceria dan gembira di jiwa

Memang kita amat memerlukan tenaga luar biasa kat malaysia ini!

 

2) Support system

- ini datangnya dari:

 

a) keluarga yang memahami

b) rakan serumah yang bersama dengan dakwah

c) ahli usrah yang saling bertakaful dan bahu membahu dalam dakwah

d) akhawat/ikhwah yang bekerja di tempat dengan kita

 

disebabkan itu untuk berterusan di jalan dakwah ini, perlu terikat dengan usrah dan jemaah, walaupun banyaknya kelemahan yang ada dalam usrah ataupun jemaah itu sendiri

 

3) Banyakkan istighfar dan bersedekah

- ini kerana kunci kekuatan dan kemenangan dari ALlah, datangnya dari situ.

 

 

Wallahualam.

 

antara tips duniawi lain untuk lebih cekap dalam urusan hidup di Malysia ini:

 

1) tahu prioritikan tugas dan masa

2) menyusun masa dengan baik

3) berbincang dalam semua urusan kehidupan dengan mereka yang sudah lama di jalan ini.

 

 

Ini sahaja saya sempat kongsikan di malam hari ini. Moga sama-sama kita dapatkan manfaatnya..

Comments

comments

No comments.

Leave a Reply