Dalam ikatan perasaan..

perasaan itu adalah rasa..

ia dari dalam.. sangat dalam.

dan kehidupan ini..

menuntut kita utk sangat merasai..

biarpun ia hambar, mungkin juga sangat tawar..

namun itulah…
tarbiyah.
kata murabbiku.. “tarbiyah ini bukanlah rasa yang selalu indah..
dan aku mengiakannya..
krn memang benar…
mungkin kata mereka yg hanya terbuai dgn keasyikan angan2 di dalam tarbiyah ini..
akan merasakan segalanya indah-indah saja…
tetapi…
sememangnya tarbiyah itu adalah bentuk-bentuk ujian..
dan ia tidaklah selalunya indah….
karena,
aku tidak akan mampu memahami ini semua jika aku tidak menghadirkan hatiku dgn ikhlas dalam memahaminya,
aku tidak akan dapat merasai nikmatnya tidak ada harta sedikit pun jika bukan kerana tarbiyah ini yang mengajarkan aku erti berbagi,
malah.. aku mungkin tidak akan dapat merasai hangatnya berada dalam ikatan perasaan ini jika bukan kerana tarbiyah ini
yang mengajarkan aku erti mencintai mereka sepenuh hati,
iya.. segalanya kerana perasaan ini..
kerana rasa yang selalu menguatkan keyakinanku,
kerana rasa yang selalu membuatkan aku berani berbuat,
dan ia adalah tarbiyah buat diriku!
ramai orang bertanya…
apa yang kamu dapatkn dari tarbiyah ini?
apa yang kamu fahami dari tarbiyah ini?
….aku tersenyum.
kerana aku mendapatkan segalanya di dalam tarbiyah ini..
aku mendapatkan diriku sebagai seorang muslim yang sebenar.
muslimnya aku bukanlah sebuah keturunan,
muslimnya aku bukanlah kerana catatan kad pengenalan,
muslimnya aku bukanlah kerana aku tertutup dengan hijabku,
tetapi muslimnya aku adalah kerana aku faham bahwa islam itu bukanlah keturunan, ia bukan dari kad pengenalan dan bukan juga krn hijab yang menutupi seluruh tubuhku…
sekali lagi ingin aku tekankan..
perasaan inilah yang telah membangun iman ku…
krn itulah asas utk aku dan kamu memahami tarbiyah ini..
lebih halus dan mendalam.
mohon doanya. :)
…..

Comments

comments

One Response to “Dalam ikatan perasaan..”

  1. danial

    Jul 12. 2012

    Malam berlalu. . . tapi tak mampu aku pejamkan mata dirundung rindu. .kepada mereka yang wajahnya mengingatkanku akan syurga. . .Wahai fajar terbitlah segera agar sempat ku katakan pada mereka ” Aku mencintai kalian kerna Allah.”
    - Umar ibn Al-Khathab -

    Reply to this comment

Leave a Reply