Berita dari akhbar Mesir: Serangan Berani Mati di Gaza

Aslm
1. Setelah enam tahun berlalunya serangan berani syahid( penyerangnya akhirnya terkorban syahid) yg berlaku pada tahun 2006 yang mengorbankan 9 yahudi dan mencederakan sekitar 40 orang yang dilakukan oleh pemuda Palestin yang meletopkan bom dibadannya berdekatan  stesyen Bas Utama ( lama)di Tel Aviv, setelah  24 jam Ahmad Daif, ketua Briget Qassam yang baru( menggantikan al Ja’bary) , mengeluarkan ancaman akan melakukan serangan berani syahid … Telah berlaku satu letupan besar yg memusnahkan sebuah bas di tengah- tengah bandar Tel Aviv yang mengorbann 3 nyawa yahudi, 4 lagi koma di samping mencederakan 21 yang lain yang dilakukan oleh seorang wanita Palestin yang meninggalkan beg berisi bom jangka dalam bas tersebut dan meletup berhampiran bangunan Kementerian Peperangan Israel dan beberapa pejabat agensi keselamatan yg lain.

Bas yang dibom oleh pejuang wanita Palestin di Tel Aviv

2. Saluran 2 TV Israel menerusi sumber tentera menolak kemungkinan ianya serangan berani syahid. Ianya mungkin serangan berbentuk lontaran bom ke atas bas atau meninggalkan beg berisi bom di dalam bas tersebut
3. Tersebar juga berita yg mengatakan berlakunya letupan kedua kerana ada sumber mengatakan mereka terlihat dua pejuang berani  syahid berkeliaran di Tel Aviv mencari sasaran serangan. Pihak berkuasa Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan letupan kedua.
4. Saluran 10 TV Israel mengeluarkan ucapan seorang Yahudi yang ketakutan selepas serang tersebut dengan katanya ” aku sama sekali tidak akan terus tinggal di sini.. Aku akan balik ke negeri asalku… Kita sentiasa menunggu kematian kita drp langit( peluru berpandu Qassam)… Tiba2  ia datang drp jalan yg kita lalui. Mati menyerang kita drp semua sudut di Tel Aviv ini… Aku tak akan  tinggal menetap di sini”
5. Wartawan Saluran 2 Israel berkata”  inilah ( serangan) yg dijanjikan oleh Hamas dan betul- betul dilaksanakan. Kalau beginilah keadaannya, tiada faedahnya peluru berpandu penangkis  dan siren amaran( drp serangan peluru berpandu Hamas). Dia merujuk kpd rakaman suara amaran ketua Briget Qassam yg baru, Muhammed Daif selasa dua hari lepas. Dia memberikan perakuan bahawa sebarang ancaman drp Hamas pasti akan ditunaikan sebagaimana yang dijanjikan. Keluarga as Syahid  Ja’ bary juga memberikan ancaman yang sama iaitu akan membalas tindakan membunuh tersebut dan dilakukan di tengah- tengah bandar Tel Aviv.
6. Salurun TV 10 menyatakan serangan tersebut berlaku  terhadap bas milik syarikat ” Dan” di Jalan Syawul Hamiligh di tengah- tengah bandar Tel Aviv berhampiran  bangunan Kementerian Peperangan Israel.

kegembiraan kanak-kanak palestin bermain di tengah kepesatan peperangan

7. Penganalisis Politik Palestin, Mustafa Al Sawwaf mengulas serangan ini merupakan bentuk baru serangan drp Hamas dan merupakan antara siri kejutan yang dijanjikan oleh Hamas. Ini merupakan tindakan balas pertama setelah Israel membunuh al Ja’ bary.( Tambahan: dalam kenyataan sebelum ini pimpinan Hamas ada menyatakan mereka akan menjadikan Tel Aviv bak neraka bagi Yahudi di Tel Aviv)
8. Al Sawwaf menambah dalam temuramahnya dgn akhbar Hurriyah FJP, Hamas ingin menyampaikan masej tegas kepada Israel bahawa mereka berupaya membelasah Israel drp udara, drp darat dan di mana saja yang mereka mahu walaupun  Israel telah membunuh pemimpin mereka. Ianya juga merupakan tekanan kuat agar Israel kembali ke meja perundingan gencatan senjata yang tergendala kerana keangkuhan Israel enggan menerima syarat- syarat Hamas.
9. Sejarah serangan berani syahid seperti ini di Tel Aviv bermula pada 19 Oktober 1994 sewaktu Intifadah pertama yg berlaku di dalam bas no 5 yg dinaiki oleh seorang pemuda Palestin yang meletupkan bom di badannya yg mengorbankan 21 penduduk Israel. Seterusnya pada awal Jun 2001 ketika Intifadah kedua bila seorang pemuda Palestin meletupkan bom di badannya di pintu masuk kelab Dolfanirium yg mengorbankan 21 nyawa dan 100 tercedera dan yang terakhir pada 17 April 2006 yang mengorbankan 9 nyawa dan 40 orang tercedera bila seorang pemuda Palestin meletupkan bom di badannya di Stesyen Bas Pusat( lama) di Tel Aviv.
Allahu Akbar Sa Lillahil Hamd
Rujukan: Akhbar Hurriyah FJP Khamis 22 Nov 2012,
**  (serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin yg menerobos kawalan keselamatan Israel)

Sent from my iPad

Abd Haris Bain
Wakil Presiden Ikram Malaysia di Mesir

Comments

comments

No comments.

Leave a Reply