Tulisan ini diambil daripada perkongsian seseorang yang hadir ke ceramah di Universiti Putra Malaysia. Saya sendiri terkesan dengan nota yang dicatitnya dan di sini saya nak kongsikan bersama kalian. Moga kita yang tidak hadir ke sana turut dapat meneguk himmah, hamasah, dan kekuatan mereka.
* Bacaan Al-Quran : Al-Furqan 61
* Ucapan Dr Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad(Presiden Ikram)
* Ceramah Sheikh Dr Juma’ah Amin (Naib Mursyid Am Ikhwan Muslim)
Bismillah & selawat aku menyampaikan salam Dr. Badie, mursyid Ikhwanul Muslimin (IM). Betapa aku berharap aku boleh berbahasa Melayu kerana Allah s.w.t. memberi hidayah dalam bahasa kaumnya. Maka, aku berharap aku boleh menyampaikan dalam Bahasa Melayu.
Alam islami berjalan dgn marhalah dahsyat. Deen ini yang bermula sebelum tasyrie dan pembangunan Negara. Ia menyeru kepada kesatuan perasaan.
Demi Allah, tidak ada yang dapat menghalang aku menghabiskan perjalanan yang jauh ini melainkan kerana perasaan ini. Iaitu kasih sayang kerana Allah. (The sheikh actually couldn’t stand for a long time, but for this lecture, he stands on the podium with full of enthusiasm—very touching )
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sebelum diperintahkan berjihad telah mentarbiyah sahabat dgn kasih sayang Allah, tarbiyah dgn kesatuan hati. Ia terlebih dahulu daripada pembangunan daulah. Mereka qiam, banyak mengingati Allah sehingga basah air mata mereka. Mereka ibadurrahman seperti yang disebutkan dalam surah al-Furqan–sifat rabaniyyah-merupakan sifat-sifat Allah.
Allah cinta kepada orang-orang yang bersifat rabbaniyyah. Tidak ada nilai senjata yang hebat sekiranya tidak ada air mata yang mengalir, jiwa yang khusyuk. Orang mukmin sekiranya disebut Allah; akan bergetar hati mereka. Iman mereka akan bertambah. Merekalah orang-orang yang menunaikan solat, zakat…
Oleh itu, Imam Hasan al-Banna mengingatkan kita, bagaimana merealisasikan sifat rabbaniyyah. Bagaimana kita menjadi golongan yang berjihad di jalan Allah, membangunkan malam, istighfar kepada Allah, taqarrub kepada Allah. Dia meletakkan tiga “methodology” :
1) Aqidah
2) Amal
***
Kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Sahabat-sahabat ini; sebelum ini zina, minum arak dan sebagainya tetapi selepas dicelup dengan sifat rabbaniyyah…
Kamu telah tahu ramai kisah sahabat;
Amar bin yasir vs orang musyrik- dia thabat , kerana merasa Allah bersamanya. Apalah nilai dunia baginya ketika ia percaya janji Allah.
Musab bin Umair, pemuda yang kaya diugut ibunya yang tidak mahu makan dan minum sekiranya tidak murtad, Jawab Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu diberi 100 nyawa, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam”.
Adakah kerana dunia? Yang berkorban Fi Sabilillah, adakah kerana dunia?
Mereka melihat syurga dihadapan mereka, bukan lagi dunia ini.
Bilal-sejarah yang dipenuhi rijal. Kalaulah tidak kerana sifat rabbani ini, nescaya mereka tidak mampu menghadapinya.
Mungkin ada akhawat yang akan bertanya, tiadakah kisah wanita?
Khadijah – wanita pertama memeluk Islam. Ketika Rasul s.a.w. ketakutan dan meminta diselimutkan ketika menerima wahyu. Zammilooni, .. “Allah akan memelihara kamu”…..
Asma’ Abu Bakar – Ketika anaknya yang bimbang dia akan dicincang-cincang dan merobek jenazahnya dengan kejam, Ibu yang rabbani ini berkata
“ Tak ada yang perlu ditakuti dari perbuatan orang-orang hidup terhadap orang yang telah mati. Bukankah kambing yang sudah disembelih tidak merasa sakit lagi ketika dikuliti?” jawab Asma’.
Aku cuma memetik beberapa bunga ros daripada sejarah kita. Kisah wanita dahulu dan sekarang banyak qudwah dan contoh untuk kita.
***
Oleh itu, kita melihat beberapa rijal dari Ikhwan yang tertarbiyah dengan tarbiyah sebegini, seperti di Palestin, pengorbanan mereka, sehinggakan Yahudi sangat takut kepada rijal rabbani itu. Mereka(Yahudi) melihat rijal ini manusia yang tidak takut mati.
Kisah seorang sahabat yang tidak mahu menunggu untuk mati syahid walaupun semata-mata untuk makan sebiji kurma.
Ia bukan sahaja pada kisah Al-Banna sahaja . Tapi, kisah-kisah ini berterusan . Tidak tahukah kita tentang Syed Qutb yang akhirnya digantung? Sebelum itu, adiknya datang memberi tawaran. “Jari telunjuk saya yang mengakui ke Esaan Allah dalam solat, menolak untuk menulis sebuah kebenaran yang di redhai oleh seorang penguasa yang zhalim. Jika saya dipenjara dengan alasan yang benar, saya lebih menyukainya. Namun jika sebaliknya, maka saya adalah orang-orang yang setuju kepada kebatilan”
Dimanakah rijal rijal yang rabbani itu?
***
Saya tidak mahu mengatakan Ikhwanul Muslimin tetapi ramai yang telah mati syahid.
Rasalah rabbaniah. Kamu akan rasa ukhuwwah . Sesungguhnya rahsia kekuatan kamu adalah pada ukhuwwah kamu!
Rasalah kemanisan Iman, dan terimalah iman untuk mencintai Ikhwan kamu.
Kamu bertanya padaku. “Bilakah kemenangan itu akan datang?katakanlah ia sudah dekat…”
-Doa rabitah-
Kalam penutup. Moga kita berjumpa lagi selepas ini.















Assalammualaikum
Ana mohon share, serius ana menitis air mata selepas membaca artikel ini
Like or Dislike:
0
terbaik!!!
Like or Dislike:
0
Mohon izin untuk di letakkan di blog ana. Semoga menjadi manafaat untuk ramai lagi di luar sana. Syukran
Like or Dislike:
0