Fikrah dari Surah Al-Ikhlas

lightofserenity08 May 11, 2011 0

Sumber: Dr Qamarul Salam, Konsultan Konsis Network

Assalamualaikum

Surah Al-Ikhlas

Ramai yang membaca surah ini setiap hari, tetapi mungkin hanya sedikit yang memahami fikrahnya dan dan mengamalkannya.

Alhamdulillah Ustaz Salam telah membuka minda kita tentang fikrah surah ini; satu surah yang sgt tinggi nilainya yang menyamai 1/3 Al-Quran. Pemahamannya akan memberi nafas baru dan menyegarkan kembali aqidah kita, insyaAllah. Dari surah ini, kita faham perlunya:
- mengikuti arahan Allah 100%
- menyandarkan pemikiran dan amalan kita kerana Allah dan untuk Allah (swt)
- menyerahkan hidup kita untuk Allah (swt).
- menyeru kepada Islam (dakwah)
- berkorban untuk mengenepikan perkara yang kita cintai, jika tidak selari dgn Allah. Menyedari Allah (swt) adalah perkara terpenting dalam hidup ini. Tiada yang lebih utama dari Dia (swt). Bukan keluarga, dan bukan kerja, juga bukan kekayaan. Kekayaan yang ada hanyalah sebagai alat yang kita gunakan untuk mendapat keredhaan Allah

Surah Al-Ikhlas, juga dikenali sebagai Surah al-Tawhid. Konsep Tawhid dijelaskan dalam surah ini iaitu memisahkan perkara-perkara syirik dari Allah.

1: Persoalan pertama: Kenapakah surah ini dinamakan sebagai Al-Ikhlas ?

Kata dasar perkataan ikhlas dalam bahasa arab ialah kh-l-s yang bermaksud ` to be purified’. ` Ikhlas ‘ membawa maksud “the purity”, yakni ketulenan yang tiada percampuran apa-apa. Tiada percampuran sekecil manapun terhadap aqidah Islam. Aqidah hendaklah 100% tulen. Surah ini membersihkan Allah dari segala perkara-perkara yang disyirikkan. Tiada niat, perasaan, amalan, tindakan, kepatuhan yang selain kerana Allah dan untuk Allah.

Bagi memahami pengunaan perkataan ikhlas, rujuk surah Al-Bayyinah 98:5

مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ mengikhlaskan ibadat kepadaNya —– yakni tunduk sepenuhnya (100% pure tunduk) kepada Allah
مُخۡلِصِينَ ialah orang-orang yang ikhlas (pure, tiada campuran)
لَهُ merujuk kepada Allah
ٱلدِّينَ – agama/cara hidup/tunduk/ibadat (banyak makna akan dihuraikan akan datang, insyaAllah)

Aqidah yang bercampur tidak diterima oleh Allah. Lawan kepada “ikhlas” ialah `syirik’. Syirik membawa maksud `kongsi’, yakni bercampur dengan benda lain (note: org melayu gunakan perkataan syarikat, kata dasar ialah syirik. Ia merujuk kepada `ramai’). Maksudnya tidak boleh sedikitpun niat, perasaan, amalan dan tindakan bukan kerana Allah …. (perlu muhasabah dan mujahadah ni). Aqidah kita hendaklah 100% pure atau tulen.

Syirik pula dibahagikan kepada dua iaitu syirik kabir / Jali dan syirik soghir/khofi (tersembunyi). Syirik Jali ialah syirik pada zat dan sifat Allah (….. Perlu penghuraian dan minta semua ikhwah dan akhawat dapat membaca bab ini)

Persoalan ke-2 : Asbabun nuzul dan mulabasat Surah Al-Ikhlas

Terdapat perbahasan di antara ulama samada surah ini adalah surah Makiyyah atau surah Madaniyah. Pendapat surah Makiyyah adalah riwayat dari Ubay bin Kaab; yg mana meriwayatkan apabila nabi di tanya oleh kaum musyrikin : “Jelaskanlah kepada kami sifat-sifat Tuhanmu”, maka turunlah surah ini. Begitu juga tentang peristiwa penyeksaan kepada Bilal yang menyebut nama `Ahad, Ahad’. Maka dapatlah difahami bahwa ia turun dalam fasa ke-2 dakwah nabi, iaitu setelah tahun ke-3 kenabian rasul (saw), dimana dakwah dibuat secara terang-terangan.

Dalam riwayat lain, kaum yahudi (Madinah) datang mengadap Rasululullah (saw) dan mereka berkata “ Hai Muhammad, ceritakanlah kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu”. Maka penurunan ayat-ayat ini (112:1-4) adalah disebabkan peristiwa tersebut (Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas). Menurut as Sayuthi perkataan `al-musyrikin” dalam hadis dari Ubay bin Kaab ialah musyrikin dari kaum Ahzab sehingga dapat dipastikan bahawa surah ini adalah Madaniyah.

Persoalan ke-3 : Apakah kaitan nama al-ikhlas dengan kandungannya ?

Surah ini adalah surah tauhid, membersihkan Allah dari segala perkara-perkara yang disyirikkan. Pada zat-Nya dan sifat-Nya.
- Bersih dari segi `kepelbagaian tuhan dan perantaraan’ (Allah itu َأحَدٌ yakni Maha Esa);
- Bersih dari segi kebergantungan kepada selain Allah (Allah الصَّمَدُ yakni tempat bergantung dan diminta pertolongan );
- bersih dari segi kelemahan, yakni Allah tidak lemah seperti makhluk ( يُوَلدْ وََلمْ يَلِدْ َلمْ – Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan )
- bersih dari perkara-perkara yang seumpama/setara dengan Allah

أَحَدٌ اللَّهُ هُوَ قُلْ
Katakanlah Allah itu Maha Esa (the one, the only one, one without any partner, one without a second)

Fikrah ayat
1. i. Allah menerangkan tentang diri-Nya; iaitu yakni Allah menyatakan bahawa (a) Dia-lah اللَّهُ (Allah) & (b) Dia-lah ` أَحَدٌ (Maha Esa)

ii. `Allah’ ialah `the Illah’. Illah membawa makna
a. 1. Dia-lah satu-satunya yang berhak disembah dan diberi penghormatan.
b. 2. `which one’s heart is attached’. Yakni, sesuatu yang sentiasa diingat; memenuhi fikiran dan perasaan; dan sebati dgn hati. Segala
tindakan/amalan adalah kerana-Nya. Dia-lah adalah sebab utama untuk kita hidup.
c. 3. ‘The Perfect One’ (Kesempurnaan). Kesempurnaan untuk segalanya. Ilmu, kekuatan dsb. Tiada yang setanding dengan-Nya.
iii. ii. Maksud ` أَحَدٌ ’ bukanlah bermaksud `satu’ tapi ia adalah `esa dan unik’. Tiada yang sebanding, setara dan seumpama dengan-Nya. Tiada Qadar
(ukuran) bagi Allah. Selain Allah adalah makhluk (perkara baru) dan tidak perlu disembah; menafikan kebenaran agama-agama lain.
iv. iii. Ayat ini adalah ayat perintah (قُلْ ). Perintah untuk kita bercakap (قُلْ – Katakanlah). Allah mahu kita mengatakan bahawa Allah ialah
Maha Esa. Secara tindakannya, (a) Kita mengesakan Allah; hidup untuk dan kerana-Nya (b) Kita mengajak orang kepada Allah (Dakwah) ; (c)
Kita berusaha untuk menjadikan `Allah’ sebagai perkara tertinggi dalam masyarakat. Cth Allah adalah Al-hakim. Maka seluruh dunia ini
hendaklah mendaulatkan hukum Allah.

الصَّمَدُ اللَّهُ
Allah tumpuan seluruh makhluk (tempat bergantung)

Fikrah ayat

1. 1. Dua istilah yang perlu difahami ialah ibadah dan istia’nah. Orang beribadah tidak semestinya minta tolong dgn Allah.

2. 2. Allah adalah satu-satunya tempat diminta pertolongan. Tiada yang dapat menolong selain dari Allah.

3. 3. Permintaan yang paling besar kepada Allah ialah agar kita diberikan hidayah dan tidak sesat seperti Yahudi dan Nasrani.

4. 4. Diperbolehkan meminta tolong dari manusia tetapi hendaklah berkeyakinan (a) Allah yang mengabulkan permintaan; (b) Allah yang menggerakkan keinginan untuk makhluk menolong kita (kena doa … Ya Allah, gerakkan hati org ini untuk menolong aku) ; (c) makhluk tiada kuasa memberi pertolongan (i.e. ubat tidak boleh menyembuhkan) … salah kefahaman, maka boleh rosaklah aqidah kita. Aqidah kita mestilah `ikhlas – tulen / pure 100%’ untuk Allah.

يُوَلدْ وََلمْ يَلِدْ َلمْ
Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan

Fikrah ayat

1. Allah menafikan sifat lemah, sifat kekurangan dan perlu kepada yang lain. Konsep anak, isteri dan keluarga, beranak dan diperanakkan adalah bukan sifat Allah. Allah bersifat kesempurnaan (He (swt) is the Perfect Being.)

2. Untuk beranak perlu isteri; bila mengandung jadi lemah, kemudian beranak dengan susah payah. Anak juga lemah dari segi fizikal dan mental. Bayi membesar menjadi kanak-kanak hinggalah dewasa. Kesemua ini menunjukkan sifat lemah/tidak sempurna. Mustahil Allah bersifat sedemikian

3. Allah juga bebas dari sifat kekurangan. Di dalam banyak peradaban, termasuklah ketika tamadun Arab di zaman Rasulullah (saw), anak di anggap sebagai sumber kekuatan. Anak lelaki boleh menjadi pahlawan, melindungi keluarga dan mengembangkan perniagaan. Yang perempuan, boleh menolong di dapur dan menjaga adik. Dapat dimengerti, bahawa salah satu sebab keluarga mempunyai anak adalah kerana mereka `mempunyai sifat kekurangan’ dan mengharap pertolongan dari anak-anak mereka.

Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.

Fikrah ayat
1. Allah menjelaskan lagi bahawa Allah adalah Maha Esa (He (swt) is one and only) dan tiada apa-apa yang setanding dengan-Nya. Perkataan `Lam’ menunjukkan bahawa `ia tidak pernah’ dan `tidak akan’.

2. Perlunya memahami`tauhid’. Ia perkara teras dalam Islam dan Iman. Ia hendaklah 100% pure; yang natijahnya iman terasa manis dan rasa ihsan timbul.

 



Leave A Response »