Alhamdulillah, baru sahaja menghabiskan bacaan yang sangat menggugah jiwa; Ar-Raqaiq atau ‘Pelembut Jiwa’ oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid. Di sini, saya ingin mengambil beberapa ‘points’ untuk dikongsikan bersama semua, inshaAllah.
Muqaddimah;
Mungkin dalam mentakwin atau membina terkadang kita lebih fokus kepada satu bahagian dan melupakan pada yang lain. Oleh itu, perlunya menanamkan ma’ani-ma’ani berikut dalam mentarbiyah;
· Penekanan terhadap solat dan mengukuhkan akidah.
· Iltizam dengan adab-adab ukhuwwah.
· Rasa happy kerana dapat berkorban dan penat seharian.
· Rindu kepada jihad dan syahid tetapi bukan dengan cara semberono.
· Berdisiplin dengan melakukan ketaatan.
· Mengurangkan perkara-perkara dunia dan hanya mengambil sedikit darinya.
· Menunggu-nunggu saat kematian dan melupakan angan-angan duniawi.
· Cinta kepada Allah swt dengan penuh raja’ yang dicontrol oleh takut (khauf).
· Melakukan mufasalah terhadap kafir dan orang-orang munafik.
· Bersabar dengan segala mehnah.
1.Tasbih yang Meneguhkan Kekuasaan
*Terdapat waktu-waktu yang istimewa yang kita akan beroleh banyak kebaikan daripadanya tetapi berapa banyak daripada kita melalaikan waktu-waktu tersebut.(cth:hari dan malam Jumaat)
*Tinggalkanlah penangguhan kerana tiada perkara yang lebih mendatangkan mudarat daripadanya.
*Tadarruj dalam mencapai matlamat kita; Ubudiyyah atas muka bumi
Bila orang yang telah menerima dakwah ini mula berubah dalam semua sudut – hati, pemikiran, jiwa, akhlaq, minda dan amalan – dan mereka menjadi muslim, muttaqin, muhsin dengan sebenar-benarnya dan melaksanakan apa yang patut mereka laksanakan. Maka pada ketika itu, barulah Rasulullah saw mula menunjuk ajar mereka tentang adab dan adat yang baik ketika berpakaian, makan, minum, bersosial, bangun, duduk dan lain-lain perkara adab zahir yang menambahkan seri dan hias kepada kehidupan muttaqin muhsinin.
* Jadilah orang yang menyahut cabaran al-Fudhail bin ‘Iyadh ketika beliau berkata: “Syurga tidak pernah dihias sebagaimana ia dihias bagi ummat ini. Namun peliknya anda tidak melihat seorangpun yang merinduinya.” Iaitu anda tidak melihat seorangpun yang sanggup keluar demi memperolehnya dalam waktu kesejukan.
Sahutlah cabaran itu, katalah: “Akulah orang yang merinduinya.”
2.Minit-minit yang Berharga
* Jika seorang duniawi menyangka syurganya adalah pada wang dinar, wanita dan istana yang tersergam, tetapi….Syurga mukmin adalah pada mihrabnya.
*Wasiat Imam Hasan al-Banna kepada para da’i:
“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”
*Orang yang ‘grad’ dari madrasah malam akan memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang. Sesiapa yang tidak menyertai madrasah tersebut pula kering, keras dan mengeraskan hati orang yang memandangnya. Buktinya semenjak dahulu lagi bagi Bishr bin al-Harith al-Hafiyy. Beliau menyaksikannya dan memberitahu kita. Beliau berkata:
“Kamu tentu faham bahawa ada manusia yang sudah mati tetapi dengan hati kita menjadi hidup bila mengingati mereka. Sebaliknya ada manusia yang masih hidup tetapi hati akan menjadi mati dengan melihat kepada mereka.”
Ini tidak berlaku melainkan kerana malam-malam golongan awal itu dihabiskan dengan berjaga, sedangkan malam-malam golongan kini dihabiskan dengan tidur. Siang hari golongan awal dulu dihabiskan dengan kerja yang serius dan kesungguhan, sedangkan siang hari kita kini dihabiskan dengan untuk syahwat semata.
3.Permulaan
Dari manakah datangnya futur pada seseorang da’i?
-Puncanya ialah langkah pertama. Sesiapa yang kita berjaya perteguhkan langkah-langkah pertamanya, maka insya Allah dia akan tetap dan teguh dengan pendiriannya selepas itu.
-Sesiapa yang tidak suci tajarrudnya pada awal-awal, maka binaan yang dibinanya akan terhoyong hayang meskipun kelihatan amat tinggi dan megah.
-Kesucian permulaan: i) niat yang baik dan ii) himmah yang tinggi.
Jika seseorang yang berada di peringkat awal dakwah ini memahami dakwah ini hanya untuk membersihkan hati, atau hanya untuk mendapat kawan yang baik, atau hanya untuk melepaskan rindu, atau hanya untuk membantu perkara kebajikan semata, maka nantinya dia akan keberatan melakukan nahi mungkar.
-Imam Hasan al-Banna memahaminya dan berkata:
“Seorang da’I yang mempunyai himmah itu ialah da’I yang mengorbankan seluruh harta, darah dan jiwanya demi akidah yang diimaninya dan yang dia hidup hanya kerananya.”
4.Ke Arah Kebahagiaan Akhirat
*Para solihin telah menunjukkan kepada anda bahawa jalan untuk ketinggian dan kekuasaan hanya dapat dengan niat dan himmah yang tinggi. Oleh itu, anda hendaklah menjalani kepenatan dan kesulitannya.
*Hendaklah menjadi orang yang banyak bertenang, sentiasa berfikir, tidak menyeleweng meskipun dipuji melangit atau dikeji menghangit.
*Mehnah sebenar seorang pendakwah Islam bukanlah pada penentangan golongan kufur terhadapnya. Bahkan bukan juga pada pemenjaraan, penyeksaan dan kelaparannya. Tetapi ia lebih terdapat pada kelesuan himmahnya dan kelazatannya terhadap kerehatan.
*Imam Ahmad ditanya: “Bilakah seseorang hamba akan memperoleh kerehatan?” Beliau menjawab: “Ketika langkah pertama dia melangkah ke dalam syurga.”
5.Ukhuwwah, Syiar Dakwah Kita
*Pandangan bisa menjadi satu, bahkan pemikiran dan khayalan juga satu. Di samping itu, pengharapan dan kesudahan juga satu. Semuanya dikurniakan oleh iman. Alangkah mudahnya dialog yang berlaku antara hati-hati yang memiliki iman yang mempunyai kurniaan-kurniaan yang amat berharga ini.
*Majlis para pendakwah mungkin dihinggapi tiga jenis penyakit: Pertama: Berhias sesetengah daripada mereka untuk sesetengah yang lain. Kedua: Bercakap dan bercampur lebih daripada keperluan. Ketiga: Ia mungkin akan menjadi syahwat dan kebiasaan yang menyebabkan maksud sebenarnya tidak tercapai.
*Abu Bakr ibn Abdullah al-Muzaniyy menyatakan bahawa “jika anda mendapati sahabat anda tidak melayan anda sebagaimana biasa, maka itu adalah disebabkan dosa yang telah anda lakukan. Maka anda hendaklah bertaubat kepada Allah. Tetapi jika anda dapati sahabat anda memberikan kasih sayang yang lebih daripada biasa, maka itu adalah kerana ketaatan yang anda lakukan. Maka anda hendaklah bersyukur kepada Allah.”
p/s: Kita mengharapkan Allah ibarat saat kita perlukan air ketika dahaga. Andai kita tak jumpa air tu sendiri pun, moga Allah hadirkan insan lain untuk memberikan air itu pada kita. Kita ada Allah dan kita sangat berharap pada-Nya!
Diedit daripada Ar-Raqa’iq( Pelembut Jiwa) oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid














