Apabila things go wrong…

 

Apa yang saya belajar dalam kehidupan ini adalah….

 

letakkan hati dan cintamu pada ALlah.

 

Itu dahulu daripada cinta kepada manusia dan juga segala isi dunia.

 

DI dunia ini, terlalu banyak yang mahu kita gapai.

 

Kesenangan hidup.

Kebahagiaan hati.

Kegembiraan  setiap hari.

 

Berupa keluarga, wang dan juga nama.

 

Namun semuanya itu takkan berpanjangan..

 

Jika tunjangnya, bukanlah Allah.

 

Kerana, yang mengatur susunan hidup kita.

Yang mengatur harta kita,

Yang menentukan kecintaan yang wujud dalam hidup kita..

 

Adalah Dia.

Maka segala kekacauan dalam hidup kita,

masalah yang menyerabuti hati dan jiwa kita,

 

Adalah datang dari Dia.

 

Hanya kerana satu sahaja sebabnya…

 

—> untuk kita kembali pada Dia.

 

Agar, kita alihkan semula paksi kehidupan kita, apa yang kita lakukan, kerjaya kita di tempat kerja, mahupun peranan kita di rumah, kita laksanakan, semuanya hanyalah untuk Dia.

 

Itu sahaja kuncinya.

 

Jika kita berhadapan dengan masalah yang tidak ditemui jawapannya,

Juga dihambat ujian yang sering mengecewakan dan menyesakkan jiwa dan dada kita, lantas tidak ditemui cara untuk menguraikannya.

tentu kerana apa yang kita sedang lakukan, apa yang kita kejar, bukanlah kerana Allah.

 

Maka jawapannya satu sahaja.

 

KEMBALI kepada Allah!

 

 

Faqiratun ila rabbi,

Muharikah

Oct 2012

Comments

comments

No comments.

Leave a Reply