Treat the cause

Kala kita sedang mengejar cinta Ilahi,

Ada yang sedang seronok menikmati cinta duniawi,

Yang terus membuaikan perasaan,

Kala kita sedang meraikan kelahiran para mujahid dengan kalimah Allah,

Ada bayi yang sedang dibuang,

Bertarung dengan nyawanya pabila kelahirannya tidak dialu-alukan,

Adakah telah selesai tugas kita?

Dewasa ini, Malaysia dikejutkan dengan fenomena terbaru, yang kian menjadi-jadi, malah turut mendapat liputan dunia. Fenomena buang bayi. Kita terkejut, terkesima, tersentak, sedih dan pelbagai perasaan sayu yang lahir dari hati seorang insan yang punya belas kasihan. Tapi, seringkali kita cuma berasa sedih semata, yang seterusnya perasaan sedih itu hilang, dan kemudian sedih dan marah kembali bila dikejutkan dengan berita yang sama.

‘Statistik pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak pada ketika ini cukup menyedihkan apabila sebanyak 407 kes pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak empat tahun lalu.- sumber

Di mana sebenarnya perasaan kita itu? Atas dasar apakah kita mempunyai sedemikian rasa?

Kita marah pada mereka yang membuang anak,

Kita marah pada mereka yang melakukan pengguguran haram,

Kita marah pada mereka yang seakan-akan tidak kasihan pada anak kecil yang dibuang itu

Tapi, jika diteliti, masalah buang bayi adalah efek kepada masalah utama yang disandarkan kepada perbuatan zina.

Adakah kita   berasa marah pada mereka yang berzina hingga melahirkan anak? Adakah dalam fikiran kita berkata;

‘ha tu lah, tak hati-hati, kan da beranak, pastu buang bayi, dosa!’

Atau adakah hati kita marah bila peraturan Allah tidak ditegakkan di dunia ini lagi? Dan adakah kesedihan kita itu kerana ada lagi hamba-hambaNya yang masih belum mengenali Islam dengan sebenar-benarnya? Sungguh, jika ini yang kita rasa, bersyukurlah, kerana itu tanda hatimu masih hidup.

Kita lazim memperbesar-besarkan simptom, dan tidak benar-benar peduli akan punca. Kita memperbesar-besarkan isu buang bayi,dan berusaha untuk memberi idea agar bilangan kes buang bayi berkurangan secara dasar, tanpa melihat kita perlu mengkaji dan mencegah puncanya.

Bila difikirkan, kes buang bayi adalah satu efek  pabila manusia tidak lagi mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian, pabila manusia tidak lagi merasa kewujudan Allah, pabila manusia kian terlena dengan keindahan dunia yang sementara.

Sedarlah, berita-berita yang kian menghangat di dada-dada akhbar itu sekadar untuk kita semakin peka, semakin ‘alert’, semakin sensitif dengan keadaan iman masyarakat Islam. Berita itu sekadar refleksi bahawa umat Islam sekarang dalam keadaan darurat, dalam keadaan ‘sesak’, dalam keadaan memcari-cari. Kita perlu peka yang mana punca, yang mana kesan.

Treat the cause, not the symptoms.
There is no point of just mopping the wet floor, but leave the roof leaking.

Jiwa yang beriman itu akan sentiasa peka dengan sekelilingnya, malah sensitif dengan amalan dan perbuatannya. Kita tidak boleh menuding jari. Kita tidak boleh mencari-cari kesilapan orang lain, tapi, kita boleh mengubah. Kita perlu bersama-sama mengubah akar fenomena Malaysia kini, berusaha menyeru Malaysia dan paling utama, umat Islam itu sendiri untuk sedar akan tujuan hidupnya, sedar akan tanggungjawabnya di muka bumi ini, dan paling penting, sedar akan kewujudan Allah Yang Maha Melihat.

Kita perlu seru manusia, kepada Allah. Bukan sekadar mengurangkan bilangan angka bayi terbuang di Malaysia, tapi mengurangkan penyakit hati itu sendiri. Iman itu jawapannya. Dan bagaiman seorang itu akan beriman(yakin) jika dia tidak mengenal Penciptanya? Itulah tugas kita, yang kita mengaku telah mengenal Pencipta kita, untuk membawa saudara-saudara kita mengubati hati mereka, mengubah cara fikir dan cara hidup mereka, dan membawa manusia mencintai Penciptanya.

Hidup seorang dai’e itu adalah untuk umat. Maka bergeraklah dengan amalan dan hubunganmu dengan Allah, membawa umat kembali kepada Allah SWT.

‘Barang siapa melakukan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pastinya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan memberi balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan’- An-Nahl : 97

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa antara kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya (kekuatannya), apabila ia tidak mampu ubahlah dengan lisannya (nasihat), apabila ia tidak mampu juga, maka dengan hati dan hal seperti itu adalah selemah-lemahnya iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

Moga Allah sentiasa melindungi kita, dan memberkati usaha kita. inshaAllah wa ameen. wallahu’alam.

Doa itu senjata mukmin. Berdoalah untuk umat ini.

Comments

comments


No comments.

Leave a Reply